SUNTINGAN VIDEO DAN MULTIMEDIA

Nama : Muhammad Danish Fikri Bin Azizi

Umur : 14 tahun

Ahli   :  Julai 2016


Latar Belakang :

Saya merupakan anak sulung di dalam keluarga daripada 3 orang adik beradik. Saya bersekolah di SMK Taman Semarak dan berada tingkatan 2. Saya merupakan seorang yang gemar menggunakan komputer dan melihat video-video kreatif di ‘youtube’ sebagai aktiviti pembelajaran dan pengetahuan diri. Saya juga akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada tahun hadapan.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum melibatkan diri di Pusat Internet, saya dan rakan-rakan banyak menghabiskan masa di pusat siber komputer yang berhampiran di kawasan tempat tinggal saya. Tidak banyak aktiviti yang dapat saya lakukan di pusat siber komputer tersebut. Ramai pengguna yang datang ke sana hanya untuk bermain permainan komputer sahaja. Ini akan menyukarkan saya dan raka-rakan untuk melakukan tugasan sekolah sekiranya ada. Selain itu, caj perkhidmatan yang disediakan adalah mahal dan terhad.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Antara berita gembira buat saya dan rakan-rakan adalah wujudnya sebuah Pusat Internet yang terletak berhampiran dengan kawasan tempat tinggal saya. Saya dan rakan-rakan mula melibatkan diri di Pusat Internet dan didapati pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet seperti komputer dan internet. Selain itu, perkhidmatan percetakan dan fotokopi juga turut tersedia dengan harga yang berpatutan. Tambahan pula, terdapat dua orang staff di Pusat Internet yang bertugas dan membantu pengguna-pengguna di situ dengan menyediakan kelas latihan komputer secara percuma.

Lampiran Gambar

 

PROGRAM TUISYEN @ MASJID

Nama : Aiman Fikrie Bin Shafie

Umur : 35 tahun

Ahli   : 5 Februari 2017


Latar Belakang :

Aiman Fikrie atau dikenali sebagai doktor Shah dalam kalangan pelajarnya merupakan seorang pensyarah dan juga tutor bagi pelajar sekolah mahupun universiti. Pada hari minggu pula, beliau mengusahakan projek tuisyen masjid bagi golongan pelajar sekolah rendah hinggalah golongan orang dewasa secara bayaran yang berpatutan serta golongan asnaf diberikan pendidikan percuma. Beliau merupakan bapa kepada 5 orang anak dan menetap di Taman Mulia, Pajam. Namun, bilangan murid yang belajar di masjid kurang sambutan beliau harus mencari jalan untuk menarik pelajar ke masjid. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi jumlah pelajar dan mempelbagaikan lagi set pembelajaran bagi pelajar beliau. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En Aiman membuat promosi kelas tuisyennya secara pendekatan dengan masjid dan sekolah sahaja.  Namun, beliau turut menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook serta kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Pendapatan beliau dikatakan pada tahap tidak memuaskan dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai kelas tuisyen masjid dan hanya beberapa masjid terlibat dalam program ini. Kadar keuntungan kasar beliau sebulan adalah RM 2000.00 sahaja dan belum mebayar gaji harian tutor yang mengajar. Tahap penggunaan ICT beliau tahap asas sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan program masjid beliau kepada penduduk luar. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan program tuisyen masjid dan sesi pembelajaran tuisyen masjid di dalam laman web terutamanya di Facebook dan Instagram bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai, Pajam dan Seremban. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai waktu kelas serta subjek-subjek yang disediakan untuk pelajar beliau.Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan beliau serta pelajar yang berdaftar semakin hari semakin bertambah. Pendapatan dalam bulanan juga meningkat kepada RM4000.00 sebulan.

Lampiran Gambar

 

E-PEMBELAJARAN, SUNTINGAN VIDEO DAN MULTIMEDIA

Nama : Muhammad Mazwan Haikal Bin Mazlan

Umur : 13 tahun

Ahli   :  Ogos 2016


Latar Belakang :

 

Saya merupakan anak sulung di dalam keluarga daripada 3 orang adik beradik. Saya bersekolah di SMK Taman Semarak dan berada tingkatan 1. Saya seorang yang gemar akan penggunaan komputer, terutamanya mendengar lagu-lagu inggeris di ‘youtube’ dan menonton filem melalui internet. Saya juga seorang yang rajin melakukan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru di sekolah.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum wujudnya Pusat Internet di kawasan tempat tinggal saya, saya hanya menggunakan data internet yang ada pada telefon bimbit ibu bapa saya sahaja. Namun, semua itu adalah sementara sahaja dan tidak pantas untuk membuat pencarian maklumat di internet. Selain itu juga, waktu saya menggunakan internet adalah terbatas kerana ibu bapa saya juga menggunakan telefon mereka untuk kerja-kerja mereka. Di sekolah pula, saya mempunyai masa-masa tertentu sahaja untuk pergi ke makmal komputer kerana terikat dengan waktu jadual sekolah dan ini juga akan menyukarkan saya untuk melakukan sebarang tugasan. 


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Setelah mendengar khabar berita baik bahawa Pusat Internet telah dibuka saya berasa sangat gembira dan tidak akan melepaskan peluang yang telah diberi dengan sebaik-baiknya. Saya telah menyertai kelas-kelas latihan ICT yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet. Saya juga menggunakan segala kemudahan yang ada di Pusat Internet seperti internet dan komputer untuk saya melakukan segala tugasan sekolah dan latihan ulangkaji. Saya juga menggunakan internet untuk mencari soalan-soalan latih tubi sebagai latihan ulangkaji saya. Petugas Pusat Internet juga memberi tunjuk ajar kepada saya tentang aspek-aspek keselamatan dalam penggunaan internet. Selain itu, saya juga mengikuti kelas-kelas advokasi seperti klik dengan bijak dan ‘mobile e-waste’. Saya juga turut mempelajari kelas suntingan video secara asas sebagai pengetahuan dan kemahiran saya.

Lampiran Gambar

PERUNDING KEWANGAN DAN PELABURAN

Nama : Wan Hazam Zanariah Bt Wan Ayob

Umur : 47 tahun

Ahli   : 9 Julai 2019


Latar Belakang :

Puan Zanariah merupakan perunding kewangan dan pelaburan di Pajam, Negeri Sembilan. Beliau terlibat dalam perunding kewangan ini sejak 10 tahun yang lepas dan bermula daripada ejen insurans kepada pelanggannya. Kini beliau bertukar bidang dalam pengurusan saham dan pelaburan. Rata-rata pelanggan beliau merupakan penduduk di sekitar Pajam, Mantin, Nilai dan beberapa tempat di Negeri Sembilan. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi jumlah pelanggan beliau. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Zanariah membuat promosi kelas perancangan kewangan secara kreatif dengan membuat pendekatan menggunakan media sosial seperti Facebook serta kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Pendapatan beliau dikatakan pada tahap tidak memuaskan dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai perancangan kewangan dan pelaburan ini. Kadar keuntungan kasar beliau sebulan adalah RM 1000.00 sahaja. Tahap penggunaan ICT beliau tahap asas sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan kedai beliau kepada penduduk luar. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan kelas dan taklimat perancangan kewangan beliau di dalam laman sosial terutamanya di Facebook bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai serta Pajam. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai waktu kelas serta tindakan perancangan yang disediakan untuk pelanggan beliau.Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan beliau serta pelanggan yang semakin hari semakin bertambah. Pendapatan dalam bulanan juga meningkat kepada RM2500.00 sebulan.

Lampiran Gambar

 

PENJUAL PRODUK KESIHATAN RAMBUT

Nama : Suhaila Binti Mohd Suhaimi

Umur : 40 tahun

Ahli   : 19 Januari 2019


Latar Belakang :

Puan Suhaila merupakan seorang usahawan dan juga pengedar kepada produk kesihatan penjagaan rambut iaitu Faithfleur. Operasi perniagaan beliau di Taman Nada Alam, Nilai sehingga kini beliau ingin melebarkan penjualan produknya di sekitar Nilai dan Pajam sahaja. Beliau telah mengusahakan pernigaan ini selama 1 tahun dan rata-rata pelanggannya tertumpu di kawasan penempatannya. Oleh itu, beliau telah mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan serta pendapatannya dengan mengikuti kelas latihan keusahawan yang dikendalikan oleh petugas Pusat Internet Taman Bukit Inai, Negeri Sembilan. Beliau berminat menyertai kelas latihan ini kerana menambah ilmu perniagaan dalam memasarkan produk perniagaan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Suhaila memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di laman sosial seperti Facebook dan mempromosikan produk kepada rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk membeli produk ini secara harga pukal. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap sederhana mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Hasil pendapatan beliau sebulan hanyalah sabanyak RM200.00 sahaja. Oleh itu, beliau telah mengikut kelas latihan keusahawanan yang dikendalikan oleh petugas PI di Pusat Internet Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Selepas mengikuti kelas latihan keusahawanan selama 8 jam  dan teknik-teknik pasaran online ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk penjagaan rambut yang ingin dijual di dalam laman sosial terutamanya di Facebook, Instagram dan beliau mempunyai blog khas mengenai perniagaan produk beliau. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kelebihan produk penjagaan rambut yang beliau jual melalui iklan yang dimuat naik di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya menjual produk penjagaan rambut beliau di luar kawasan Mantin seperti Pajam dan Bandar Baru Nilai serta jumlah pendapatan beliau meningkat kepada RM500.00 sebulan. Tambahan lagi, ilmu yang dipelajari membolehkan hasil penjualan mula bertambah dengan hasil pengiklanan dan pertambahan permintaan dari pelanggan beliau. 

Lampiran Gambar