SEJARAH BATANG BENAR 

Pada suatu ketika dahulu berbincanglah beberapa orang penduduk atau penghulu kg atau mungkin juga pengembara yang ingin membuka kampung ini di bawah sebatang pokok yang besar. Mungkin atas sebab redup dan selesa mereka memilih tempat ini untuk bermuzakarah. Tiada siapa yang tahu apa butir perbincangan mereka. Hasil perbincangan tersebut mereka telah berjaya mencari kebenaran dan menyelesaikan beberapa masalah di bawah pokok itu. BATANG adalah pokok tempat mereka berbincang dan BENAR adalah kebenaran yang mereka perolehi di bawah pokok itu. Lalu jadilah ia Kampung Batang Benar sehingga kini.   

Batang Benar asalnya sebuah kampung yang kini berubah menjadi sebuah pekan. Terletak di sempadan Negeri Sembilan - Selangor Darul Ehsan.Batang Benar boleh dihubungi dari NilaiPajamSetolMantin dan lain-lain. Lebuh raya Kajang Seremban (KASEH) sedang dalam proses untuk disiapkan setelah tertangguh beberapa tahun. Dari Kajang , melalui Lebuh raya Kajang Seremban , Batang Benar terletak di sebelah kanan. Ekonomi Batang Benar banyak bergantung kepada ekonomi pertanian terutama dusun buah-buahan. Ramai juga yang bekerja di Kawasan Perindustrian Nilai , Nilai 1Nilai 3,Nilai Square dan lain-lain. Bandar Nilai hanya terletak bersebelahan dengan Batang Benar. Landasan kereta api komuter dari Kuala Lumpur ke Seremban akan singgah di Stesen Komuter Batang Benar. Stesen perhentian ini berhampiran dengan sebuah syarikat kuari pecah batu. 

 

Sumber: 1. http://imaninakgbbh.blogspot.my

              2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Batang_Benar