PERUNDING KEWANGAN DAN PELABURAN

Nama : Wan Hazam Zanariah Bt Wan Ayob

Umur : 47 tahun

Ahli   : 9 Julai 2019


Latar Belakang :

Puan Zanariah merupakan perunding kewangan dan pelaburan di Pajam, Negeri Sembilan. Beliau terlibat dalam perunding kewangan ini sejak 10 tahun yang lepas dan bermula daripada ejen insurans kepada pelanggannya. Kini beliau bertukar bidang dalam pengurusan saham dan pelaburan. Rata-rata pelanggan beliau merupakan penduduk di sekitar Pajam, Mantin, Nilai dan beberapa tempat di Negeri Sembilan. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi jumlah pelanggan beliau. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Zanariah membuat promosi kelas perancangan kewangan secara kreatif dengan membuat pendekatan menggunakan media sosial seperti Facebook serta kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Pendapatan beliau dikatakan pada tahap tidak memuaskan dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai perancangan kewangan dan pelaburan ini. Kadar keuntungan kasar beliau sebulan adalah RM 1000.00 sahaja. Tahap penggunaan ICT beliau tahap asas sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan kedai beliau kepada penduduk luar. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan kelas dan taklimat perancangan kewangan beliau di dalam laman sosial terutamanya di Facebook bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai serta Pajam. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai waktu kelas serta tindakan perancangan yang disediakan untuk pelanggan beliau.Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan beliau serta pelanggan yang semakin hari semakin bertambah. Pendapatan dalam bulanan juga meningkat kepada RM2500.00 sebulan.

Lampiran Gambar