Asas Komputer : Microsoft Excel 

Nama : Mariam binti Yusof

Umur : 60 tahun

Ahli   : 10 Mac 2023

 


Latar Belakang :

Puan Maryam Yusof merupakan seorang suri rumah sepenuh masa di rumah. Beliau juga tinggal di Desa Pinggiran Bayu, Mantin bersama suaminya yang telah berpencen serta seorang anaknya yang kurang upaya dan memerlukan penjagaan yang rapi. Beliau juga sangat aktif dengan program daripada badan-badan persatuan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Sebelum penglibatan beliau di NADI, beliau banyak menghabiskan masanya di rumah sahaja dengan mengemas rumah dan menjaga anaknya yang kurang upaya. Beliau juga memerlukan pendapatan tambahan supaya dapat mengurangkan bebenannya terhadap anaknya. Namun, beliau tidak mengetahui bagaimana cara untuk membuat permohonan bantuan dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Alhamdulillah, beliau bersyukur dan berterima kasih setelah mengetahui adanya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) berdekatan dengan tempat tinggalnya. Ini membuatkan beliau bersemangat untuk ke NADI untuk mendapatkan maklumat bantuan dan cara permohonan bantuan. Beliau telah bertemu dengan petugas NADI untuk membantu beliau dalam permohonanan bantuan tersebut. Selain itu, beliau juga mengikuti kelas ICT dan keusahawanan di NADI untuk menambah pengetahuannya serta memudahkan urusan hariannya. Beliau juga aktif mengikuti kelas-kelas keusahawanan persatuan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Lampiran Gambar

Asas Komputer : Kelas Intensif 'Microsoft Office (Word, Powerpoint, Excel)' 

Nama : Muhammad Danial Bin Mohd Hamidi

Umur : 15 tahun

Ahli   : 04 Ogos 2023


Latar Belakang :

Saya merupakan seorang pelajar tingkatan 3 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan. Saya merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Saya juga minat mempelajari ilmu ICT dan bermain permainan digital adalah sebagai hobi mengisi masa lapang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya gemar akan mata pelajaran Sains Komputer di sekolah namun, mempunyai kekangan had masa dan peralatan semasa di sekolah mahu pun di rumah. Saya juga tidak mempunyai kemahiran yang baik di dalam bidang ICT walaupun meminati bidang berkenaan. Namun, untuk membuat kerja-kerja kursus yang diberikan juga amat sukar dari segi mencari bahan rujukan dan panduan pembelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Alhamdulillah, saya bersyukur dan berterima kasih setelah mengetahui adanya Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di sekitar tempat tinggal saya. Ini membuatkan saya berasa sangat teruja dan berpuas hati dengan segala perkhidmatan yang disediakan di PEDi. Begitu juga dengan layanan petugas-petugas PEDi yang sangat baik serta banyak membantu saya dan pengguna-pengguna yang berurusan di PEDi. Saya juga telah mengikuti beberapa kelas ICT yang telah dianjurkan oleh PEDi seperti asas latihan komputer dan kelas Microsoft Office.

Lampiran Gambar

E-Kerajaan : Imigresen dan Suruhanjaya 

Nama : Amira Binti Abdullah

Umur : 31 tahun

Ahli   : 18 September 2017


Latar Belakang :

Saya merupakan seorang usahawan yang membuat perniagaan peruncitan di sebuah Kawasan di Mantin. Antara barangan runcit yang dijual adalah barang-barang basah dan kering. Di samping itu juga, saya ada membuat perkhidmatan kebun dan perladangan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya tidak mempunyai kemahiran asas komputer untuk menguruskan sebarang kerja seperti mengemaskini passport pekerja asing dan beberapa pengurusan di dalam sistem imigresen. Untuk urusan dokumen berkaitan imigresen, saya perlu pergi ke pejabat imigresen untuk membuat urusan secara fizikal.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya berterima kasih kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana telah membangunkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang banyak membantu dan memudahkan urusan-urusan saya terutamanya di sistem imigresen secara atas talian. Petugas PEDi juga banyak membantu dan mengajar saya dalam penggunaan komputer dan urusan-urusan dokumentasi. Saya juga menyertai kelas ICT dan keusahawanan sebagai meningkatkan kemahiran dan menambah pengetahuan. PEDi juga menyediakan pelbagai kemudahan lain untuk komuniti  seperti percetakan dan fotokopi.

Lampiran Gambar

Asas Komputer : Kelas Intensif 'Microsoft Office (Word, Powerpoint, Excel)' 

Nama : Sulastri Lubis

Umur : 42 tahun

Ahli   : 26 Januari 2021


Latar Belakang :

Saya merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak, di mana 2 daripadanya adalah lelaki dan seorang perempuan . Kini tinggal di Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan. Beliau juga merupakan seorang ibu yang sangat mengambil berat terhadap anak-anaknya terutamanya dari segi pembelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya mempunyai asas kemahiran komputer, namun tidak mahir sepenuhnya di dalam penggunaan komputer. Saya juga sering mengambil berat terhadap anak-anak terutamanya dalam pendidikan. Beliau juga bimbang akan pembelajaran anak-anaknya di sekolah dari aspek pelaksanaan tugasan sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kerana telah mewujudkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di sekitar Nilai. Ini akan memudahkan urusan saya dan anak-anak untuk berurusan dan memudahkan anak-anak untuk membuat tugasan sekolah. Saya juga turut mengikuti kelas latihan ICT yang telah disediakan oleh petugas-petugas di PEDi. Kelas tersebut sangat bagus dan bermanfaat bagi semua komuniti di sekitar Kawasan tersebut. Banyak ilmu yang saya dapat dan telah pelajari daripada kelas yang telah saya ikuti. Di samping itu, kemudahan dan keselesaan yang disediakan adalah sangat baik dan selesa.

Lampiran Gambar

E-Pembelajaran dan Pencarian Maklumat

Nama : Sinnadorai

Umur : 11 tahun

Ahli   : 26 Januari 2023


Latar Belakang :

 Saya Sinnadorai merupakan pelajar tingkatan 1 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batang Benar. Saya juga mempunyai seorang abang yang kini telah bekerja di kilang perindustrian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya tidak mahir dan tidak mempunyai asas dalam penggunaan komputer terutamanya dalam penggunaan Microsoft Office (Word dan Powerpoint). Saya juga tidak mahir dalam penggunaan internet seperti mencari maklumat untuk dijadikan sebagai sumber rujukan. Selain itu, dari segi pembelajaran adalah amat lemah sekali dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya berterima kasih kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana telah membangunkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang memudahkan komuniti setempat untuk menggunakan segala perkhidmatan internet, percetakan dan fotokopi. Di samping itu, PEDi juga turut menyediakan kelas ICT dan kelas tuisyen secara atas talian yang diajar oleh guru-guru yang terlatih. Petugas PEDi banyak membantu saya, terutamanya di dalam pembelajaran dengan melibatkan diri di dalam program E-Tuisyen anjuran PEDi Taman Bukit Inai. 

Lampiran Gambar