KEMUDAHAN AWAM DI TAMAN BUKIT INAI

 

KERETA API TANAH MELAYU (KTM)

Laluan Rawang-Seremban adalah salah satu daripada dua perkhidmatan KTM Komuter yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu. KTM Komuter merupakan perkhidmatan keretapi elektrik yang dilancarkan pada 1995, dan amat laris digunakan oleh komuter (pengguna kenderaan awam) yang bekerja atau tinggal di Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya, khususnya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kesemua kenderaan yang disediakan adalah canggih dan dilengkapi penyaman udara. Bagi yang memandu ke stesen atau hentian, kemudahan 'Park & Ride' disediakan pada kadar yang ditentukan.

Lokasi

Batang Benar ialah stesen keretapi komuter yang terletak di pekan Batang Benar, Negeri Sembilan. Stesen ini terletak berhampiran kilometer 4 Jalan Pajam, 4 km dari pekan lama Nilai dan stesen Komuter Nilai.

 

 

PERKHIDMATAN myBAS

Perkhidmatan myBAS bertujuan untuk menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar dengan lebih efisyen melalui jadual masa yang telah ditetapkan agar dapat membantu penduduk setempat supaya lebih mudah berulang-alik ke tempat kerja, sekolah dan pelbagai lokasi lain. Kemudahan pengangkutan awam yang baik dapat meningkatkan produktiviti dan taraf hidup penduduk.

ISNIN - AHAD

: 6.00 PAGI – 9.00 MALAM

WAKTU BIASA

: SETIAP 1 JAM 30 MINIT (UNTUK LALUAN TERTENTU)

WAKTU PUNCAK

: SETIAP 1 JAM

   

Kawasan Liputan

 

SEREMBAN

: MELIPUTI SELURUH DAERAH SEREMBAN

NILAI

: NILAI SENTRAL - NILAI 3 & NILAI SENTRAL - KLIA -  KLIA2

BAHAU

: BAHAU - KUALA PILAH - SEREMBAN & BAHAU -  BATU KIKIR

TAMPIN

: TAMPIN - REMBAU - SEREMBAN

PORT DICKSON

: PD - LUKUT - SEREMBAN

 

 

DEWAN ORANG RAMAI BATANG BENAR

Majlis Pembandaran Nilai (MPN) ada menyediakan kemudahan dewan khas untuk komuniti Batang Benar supaya mudah untuk melaksanakan program besar-besaran seperti mesyuarat bersama JKKK dan program khas bersama komuinti. Selain itu, dewan tersebut boleh digunakan untuk majlis-majlis perkahwinan dan ceramah atau seminar komuniti. Dewan tersebut juga boleh melaksanakan aktiviti sukan dan riadah seperti bermain badminton dan sepak takraw. Dewan tersebut perlu disewa sekiranya digunakan untuk sebarang program. 

 

KEM SERI PERKASA, MANTIN

Kem Seri Perkasa yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan ialah sebuah kem yang menempatkan para peserta Program Latihan Khidmat Negara dari tahun 2004 sehingga sekarang. Kem ini yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Seremban telah menempatkan ribuan pelatih setiap tahun dari luar kawasan Negeri Sembilan Darul Khusus seperti Johor, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak. Kem Seri Perkasa Mantin telah dinobatkan sebagai kem terbaik di dalam Negeri Sembilan Darul Khusus.

 

PEJABAT POS TAMAN SEMARAK, NILAI

Pejabat Pos Taman Semarak Nilai, yang terletak di antara jalan menghala ke arah Bandar baru Nilai dan ditengah-tengah bandar Taman Semarak. Fungsi utama Pejabat Pos adalah memudahkan urusan komuniti setempat dalam pengurusan penghantaran barang dan pembayaran bil.