PENCARIAN MAKLUMAT DAN MULTIMEDIA

Nama : Nur Muhammad Hafizzuddin

Umur : 12 tahun

Ahli   :  Julai 2016


Latar Belakang :

Saya merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Saya merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Batang Benar, Mantin yang terletak di Negeri Sembilan. Saya juga merupakan pelajar tahun 6 di sekolah itu dan telah selesai menjalani Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Alhamdulillah, saya bersyukur kerana telah lulus dalam semua mata pelajaran di dalam peperiksaan tersebut.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Untuk makluman, sebelum wujudnya Pusat Internet di kawasan tempat tinggal saya, semua kemudahan dan perkhidmatan yang diinginkan hanya boleh didapatkan di kawasan bandar sahaja. Lokasi bandar dari tempat tinggal saya adalah sangat jauh dan memerlukan pengangkutan awam untuk pergi kesana atau pergi bersama ibu bapa, namun masa mereka adalah terhad kerana sibuk dengan masa bekerja. Selain itu, saya hanya membuat ulang kaji pelajaran berpandukan buku teks dan beberapa buku rujukan sahaja di rumah. Saya juga ada membuat pencarian maklumat di internet dengan menggunakan data di telefon, tetapi sangat perlahan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya bersyukur kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di atas usaha membangunkan Pusat Internet di kawasan tempat tinggal saya. Pelbagai perkhidmatan yang telah disediakan oleh Pusat Internet seperti internet, percetakan dan fotokopi dengan harga yang berpatutan. Selain itu juga, Pusat Internet melaksanakan kelas latihan ICT bagi semua peringkat umur. Saya juga boleh mengisi masa lapang di Pusat Internet dengan mengikuti kelas ICT sebagai penambahan ilmu pengetahuan dalam bidang komputer. Petugas-petugas Pusat Internet juga sangat baik dan ramah serta banyak membantu saya dalam mencari bahan rujukan di internet.

Lampiran Gambar