PENGUSAHA RESTORAN DZAIRAQ

Nama : Puan Noor Aziera Bt Kamil

Umur : 29 tahun

Ahli   :  Mac 2018


Latar Belakang :

Puan Aziera binti Kamil merupakan pengusaha restoran Dzairaq di Taman Semarak 1, Nilai, Negeri Sembilan. Dzairaq restoran merupakan milik sepenuhnya oleh bumiputra yang telah dimulakan sejak 2013. Berbekalkan pengetahuan perniagaan perkhidmatan pada awal tahun 2013 sebuah perniagaan restoran telah ditubuhkan sehingga kini dan telah beroperasi selama 5 tahun.Selain itu, perkhidmatan penyediaan makanan dari segi tempahan dan penghantaran juga turut disediakan. Antaranya menu yang disediakan ialah masakan kampung, masakan panas ala-Thai juga turut disediakan serta menyediakan perkhidmatan penghantaran. Dzrairaq restoran juga ada menawarkan perkhidmatan pemasangan khemah dan pengangkutan bagi melengkapkan tujuan perniagaan yang ingin mencapai sasaran dan matlamat syarikat. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi pelanggan ke restoran beliau dan mempelbagaikan lagi menu makanan di kedai beliau. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Aziera membuat promosi kedainya secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan mengambil tempahan dari majlis-majlis penduduk setempat seperti kenduri kahwin, majlis perasmian dan kenduri kecil-kecilan. Pendapatan beliau dikatakan pada tahap sederhana dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai Dzrairaq restoran ini. Tahap penggunaan ICT beliau tahap asas sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan kedai beliau kepada penduduk luar. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Hasil pendapatan kedai beliau juga tidak begitu memuaskan hanya RM500.00 sehari.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan restoran Dzairaq di dalam laman web terutamanya di Facebook.com bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai mahupun dari luar. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai restoran terbabit serta menu-menu menarik yang disediakan untuk pelanggan beliau.Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan restoran beliau kepada RM1000.00 sehari serta pelanggan yang hadir semakin hari semakin bertambah dari masa ke semasa. Hasil transformasi yang dilakukan dalam pengurusan restoran terbabit membuatkan pelanggan restoran beliau berpuas hati dengan menu makanan, pesekitaran dan khidmat mesra pelanggan yang diberikan.

Lampiran Gambar :

PERKHIDMATAN RUNCIT

Nama : Syed Haja Alavudeen Khaleefullah

Umur : 38 tahun

Ahli   :  Mac 2018


Latar Belakang :

En. Syed seorang usahawan kedai runcit di kawasan Taman Bukit Inai, Negeri Sembilan. Beliau telah usahakan perniagaan ini selama 3 tahun dan kedai runcit beliau menjadi tumpuan penduduk di sekitar kawasan Taman Bukit Inai. Beliau mengusahakan perniagaan ini bersama isteri beliau. Walaupun kedai beliau menjadi tumpuan penduduk sekitar namun beliau menghadapai masalah dalam persaingan dengan kedai-kedai runcit yang lain serta pasar raya besar seperti Giant dan  Tesco yang jaraknya lebih kurang 10 kilometer dari kedai runcitnya. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi pendapatan supaya dapat menarik lagi pelanggan beliau dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En. Syed membuat promosi perniagaannya secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan dan beliau masih mempunyai masa yang terbatas antara menguruskan kedai dengan keluarga lagi. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap asas dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Kadar jualan pada setiap setiap hari dalam lingkugan RM300.00 dan tidak memuaskan bagi beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut latihan keusahawanan yang dikendalikan oleh pengurus dan penolong pengurus di PI Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Beliau merupakan seorang pengguna kemudahan PI yang sangat baik dan sering meminta bantuan dalam diberikan tunjuk ajar dalam bidang ICT.  Pada peringkat awalnya beliau sedang mengenal komponen-komponen komputer agar beliau mudah mahir dalam penggunaanya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En. Syed sangat berpuas hati dengan kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk perniagaannya di dalam laman web terutamanya di Facebook.com bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai mahupun dari luar. Antara kelas yang diikuti oleh beliau seperti kelas pembinaan emel dan latihan keushawanan PI Taman Bukit Inai. Kelas-kelas yang disertai sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pemasaran perniagaannya. Dengan wujudnya pengiklanan yang berkesan pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai perniagaannya. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan kepada RM600.00 beliau serta jumlah pelanggan juga semakin hari semakin bertambah dari masa ke semasa.
 
Lampiran Gambar :

 

KOPI HIJAU ALANA

Nama : Puan Lijah Bt Ahmad

Umur : 49 tahun

Ahli   :  November 2016


Latar Belakang :

Puan Lijah merupakan seorang usahawan produk kesihatan dan merupakan agen kepada produk minuman kesihatan iaitu Kopi Hijau Alana. Puan Lijah merupakan surirumah sepenuh masa sambil mengambil upah dalam mengasuh budak-budak.

Bagi menambahkan pendapatan keluarganya beliau berjinak dalam dunia perniagaan dengan menjual Kopi Hijau Alana. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini selama 1 tahun dan rata-rata pelanggannya pada penduduk setempat. Oleh itu, beliau telah mencari kaedah lain bagi meningkatkan permintaan produk beliau dan mengikuti pelbagai kelas latihan ICT dan satu program keusahawanan yang dianjurkan oleh petugas PI Taman Bukit Inai, Negeri Sembilan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI:

Pn. Lijah merupakan seorang ibu kepada 5 orang anak dan suri rumah dalam masa yang sama membantu suaminya dalam menguruskan perniagaan bersama suaminya. Ketika suaminya sibuk dalam menguruskan kendalian lori, Pn. Lijah pula membantu dari segi mencari pelanggan dan membuat jadual pengurusan bagi perniagaannya. Beliau turut membuat promosi secara dalam talian seperti laman web Mudah.my atau menampal notis-notis di sekitar kawasan tempat tinggalnya. Kebanyakkan pelanggannya adalah sekitar Negeri Sembilan sahaja. Pendapatan beliau juga tidak begitu memuaskan iaitu sekitar RM 1,000 – RM 2,000 dan bergantung kepada keadaan ekonomi semasa serta tempahan lori sewa. Tahap penggunaan ICT beliau tahap asas sahaja dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI1M bagi memajukan lagi perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Lijah memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di laman sosial seperti Facebook dan mempromosikan produk kepada rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk memulakan perniagaan ini. Tambahan lagi, lambakan produk kesihatan di luar sana membuatkan beliau terasa persaingan yang tinggi. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap asas ICT dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut bengkel keusahawanan yang dikendalikan oleh pelatih dari MDeC iaitu Encik Wan Luqman Hakim bagi memajukan lagi perniagaan beliau serta turut mengikuti pelbagai kelas latihan ICT di PI Taman Bukit Inai.

Lampiran Gambar :

MICROSOFT OFFICE DAN PENGURUSAN EMEL

Nama : Mohd Haris Haykal Bin Mohd Fauzi

Umur : 14 tahun

Ahli   :  Julai 2016


Latar Belakang :

Saya merupakan anak yang ke empat daripada lima orang adik beradik. Kini, telah berumur 14 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai. Antara hobi yang paling digemarinya adalah bermain komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya merupakan seorang yang gemar menggunakan komputer, namun saya tidak mempunyai komputer di rumah. Saya kerap pergi ke siber kafe untuk menggunakan komputer bagi menyiapkan kerja-kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru sekolah. Saya hanya akan pergi ke siber kafe pada hari Sabtu dan Ahad sahaja dan bergantung kepada kekosongan komputer sekiranya ada.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya bersyukur kepada pihak kerajaan telah mewujudkan Pusat Internet sebagai kemudahan kepada komuniti setempat yang ingin melaksanakan sebarang tugasan secara atas talian. Saya berasa gembira kerana PI sangat dekat dengan rumah saya dan saya hanya berjalan kaki sahaja untuk pergi ke sana. PI memudahkan lagi segala kerja-kerja saya kerana PI menyediakan perkhidmatan yang sangat bagus dan selesa. Selain itu, PI1M juga ada membantu saya dalam menyiapkan tugasan dengan mencari maklumat-maklumat yang dikehendaki oleh saya. PI juga membantu saya dalam penggunaan komputer dengan melalui kelas latihan ICT seperti asas menaip, penggunaan Microsoft Office dan suntingan video. Ini akan meningkatkan lagi pengetahuan saya dalam bidang komputer.

Lampiran Gambar :

KEK, BROWNIES DAN BISKUT COKLAT

Nama : Siti Norain Binti Zawawy

Umur : 28 tahun

Ahli   :  November 2017


Latar Belakang :

Puan Norain merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan kek, brownies dan biskut secara kecilan sahaja. Puan Norain merupakan seorang yang mahir dalam pembuatan kek dan telah memulakan perniagaan kek sejak 2 tahun lalu dimana mengambil tempahan dari penduduk tempatan sahaja. Puan ini juga telah mengusahakan penjualannya di sekitar Nilai, Pajam, Mantin dan Sepang. Disebabkan hasil penjualan yang tidak memberangsangkan beliau cuba menjual produk makanannya dikawasan pasaraya namun tidak berjaya. Oleh hal demikian, beliau mengetahui cara berkesan dengan mengembangkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial. Beliau mencari alternatif dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Norain membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat, laman Facebook dan menggunakan laman web Mudah.my.  Kebanyakkan pelanggannya sekitar Nilai, Pajam, Mantin dan Sepang sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM300-RM500 dan bergantung kepada keuntungan yang diperolehi hasil daripada tempahan kek, brownies dan biskut yang berjaya beliau jual kepada pelanggan. Tahap penggunaan ICT beliau tahap sederhana dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI1M bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perniagaan kek, brownies dan biskut yang ingin dijual di dalam laman web terutamanya di Mudah.my, laman Facebook dan Instagram. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai pelbagai bentuk dan kreativiti Puan Norain dalam pembuatan kek, brownies dan biskut yang dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh beliau di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya meluaskan hasil jualan beliau di luar kawasan Negeri Sembilan seperti negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Dalam jangka panjang, beliau bercita-cita membuka sebuah kedai kek beliau sendiri bagi memudahkan pelanggan beliau mencari serta mencuba keunikkan hasil pembuatan kek, brownies dan biskut Puan Norain. Tambahan lagi, beliau dapat mempelajari pelbagai resepi kek lain dan cuba mempelajari perkara baru dengan membuat pelbagai kek yang menarik dengan penggunaan internet yang terdapat di Pusat Internet ini.

Lampiran Gambar :