PEMBEKAL TONG GAS MIRA

Nama : Mohammad Fariez Farhan Bin Md. Noor

Umur : 25 tahun

Ahli   : 29 Jun 2020


Latar Belakang :

En. Fariez merupakan pembekal perkhidmatan tong gas jenama Mira di sekitar kawasan Mantin, Negeri Sembilan. Beliau terlibat dalam pembekal tong gas setelah ditamatkan perkhidmatan kerja asalnya disebuah kilang terdahulu. Beliau nekad mengeluarkan modal bagi menjadi pembekal tong gas dan hampir 1 tahun mengusahakan perkhidmatan ini. Kini beliau telah mempunyai pelanggan tetap yang rat-ratanya pengusaha kedai makan, kedai runcit dan penghantaran rumah ke rumah. Namun beliau juga mempunyai kekangan dalam melakukan pemasaran perkhidmatannya. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi jumlah pelanggan beliau. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En. Fariez membuat promosi perkhidmatan penjualan tong gas ini secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui bertanyakan di kedai-kedai runcit dan restoran serta buah mulut penduduk setempat. Pendapatan beliau dikatakan pada tahap tidak memuaskan dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai perkhidmatan penghantaran tong gas ini. Kadar keuntungan kasar beliau sebulan adalah RM 1000.00 sahaja. Tahap penggunaan ICT beliau tahap asas sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan perkhidmatan beliau kepada penduduk luar. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan dan perkhidmatan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perkhidmataan penghantaran tong gas beliau di dalam laman sosial terutamanya di Facebook bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai serta Pajam. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan  dengan  memperolehi  maklumat  mengenai  harga  dan  waktu penghantaran yang disediakan untuk pelanggan beliau. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan beliau serta pelanggan yang semakin hari semakin bertambah. Pendapatan dalam bulanan juga meningkat kepada RM2500.00 sebulan.

Lampiran Gambar

E-Pembelajaran dan Suntingan Video

Nama : Muhammad Haikal Bin Mohd Rizal

Umur : 14 tahun

Ahli   :  30 November 2016


Latar Belakang :

Saya merupakan seorang pelajar yang sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak (SMKTS) di dalam tingkatan 2. Saya juga gemar bermain permainan secara atas talian dan sering menggunakan internet di telefon pintar untuk mencari maklumat pembelajaran.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum Pusat Internet dibuka, saya sentiasa mempunyai masalah internet yang sangat perlahan dan tidak lancar. Ini akan menyebabkan aktiviti yang saya lakukan tersekat-sekat dan tidak lancar kerana isyarat internet adalah sangat perlahan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Apabila Pusat Internet telah dibuka operasi sepenuhnya, saya berasa gembira kerana Pusat Internet menyediakan pelbagai kemudahan kepada komuniti setempat. Antara kemudahan tersebut adalah capaian internet yang pantas, komputer, kelas latihan ICT dan usahawan serta mempunyai ruang yang selesa kepada pengunjung. Saya berpeluang untuk mempelajari ilmu ICT daripada petugas-petugas di Pusat Internet yang berpengalaman. Oleh kerana tahun hadapan saya akan menduduki peperiksaan PT3, saya dapat membuat ulangkaji pelajaran dengan lebih baik dan selesa di sini bersama rakan-rakan yang lain. 

Lampiran Gambar

PENGUSAHA KEDAI GUNTING RAMBUT AHMADSONS

Nama : Ahmad Azlizan Bin Azizan

Umur : 34 tahun

Ahli   : 04 Ogos 2018


Latar Belakang :

En Ahmad Azlizan merupakan seorang usahawan yang mengusahakan kedai gunnting rambut. Kedai yang beliau usahakan didaftarkan atas nama Kedai Gunting Rambut Ahmadsons dan operasi perniagaan beliau terletak di Kampung Sungai Mahang di Nilai. Beliau baru mengusahakan perniagaan ini selama 8 bulan dan rata-rata pelanggannya dari kawasan kampong Sungai Mahang, Nilai dan Mantin. Oleh itu, beliau ingin mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan serta pendapatannya dengan mengikuti beberapa kelas keusahawan yang dianjurkan oleh petugas pusat internet Taman Bukit Inai. Beliau amat berminat menyertai kelas keuasahwanan ini kerana menambah ilmu perniagaan dalam mengiklankan perniagaannya secara dalam atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En Ahmad Azlizan memulakan perniagaan beliau dengan menawarkan perkhidmatan gunting rambut rumah ke rumah seterusnya membuat promosi di laman sosial seperti Facebook. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut beberapa kelas keusahawanan yang dikendalikan oleh petugas-petugas di pusat Internet Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Hasil pendapatan bulanan beliau hanya RM500.00 sahaja disebabkan kekangan masa dan membuat hanya kerja sampingan dan mempunyai tanggungjawab sebagai MPKK Kampung Batang Benar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Selepas mengikuti beberapa kelas keusahawanan selama 12 jam dan teknik-teknik pasaran online ICT yang dibimbing oleh petugas-petugas di Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perkhidmatan gunting rambut beliau dalam laman sosial terutamanya di halaman pages Facebooknya. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai harga dan tempahan temujanji sekiranya ingin mengunting rambut dengan beliau Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan hasil pendapatan beliau kepada RM1200.00 sebulan. Tambahan lagi, ilmu yang dipelajari membolehkan beliau mempelbagai perkhidmatan beliau dari segi jualan produk minyak rambut serta mendapat maklum balas segera dari pelanggan dengan hasil mutu perkhidmatan beliau.

Lampiran Gambar

USAHAWAN KAMBING PERAP MR. PEPPER

Nama : Che Mohd Nordin Bin Che Ali

Umur : 51 tahun

Ahli   : 20 Julai 2020


Latar Belakang :

En. Nordin merupakan seorang usahawan dan ejen Nilai bagi produk Kambing Perap Mr Pepper dan mengusahakan perniagaannya secara kecil-kecilan sahaja. Beliau memulakan perniagaan ini selepas beliau telah ditamatkan perkerjaannya oleh majikan terdahulu pada bulan Mac 2020 lepas. Skop jualannya hanyalah tertumpu di kawasan sekitar Nilai, Pajam dan Mantin. Disebabkan hasil penjualan yang tidak memberangsangkan beliau cuba menjual produk makanannya dikawasan pasaraya namun tidak berjaya. Oleh hal demikian, beliau mengetahui cara berkesan dengan mengembangkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial. Beliau mencari alternatif dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En. Nordin membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat, laman Facebook dan menggunakan laman web Instagram.  Kebanyakkan pelanggannya sekitar Nilai, Pajam, dan Mantin sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM400.00 sebulan dan bergantung kepada komisen keuntungan yang diperolehi hasil jualannya. Tahap penggunaan ICT beliau tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui beberapa kelas ICT dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas-petugas Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk makanannya di dalam laman web terutamanya di laman Facebook dengan lebih kreatif. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kambing perap Mr Pepper dan harga setiap produk makanan jualannya. Akhirnya, beliau berjaya meluaskan hasil jualan beliau di sekitar Negeri Sembilan. Hasil pendapatan beliau juga turut meningkat kepada RM1500.00 sebulan. Tambahan lagi, beliau dapat mempelajari beberapa jenis perniagaan lain bagi menambahkan lagi pendapatan seisi keluarga beliau. 

Lampiran Gambar

PENJUAL KICAP CHAR KUEY TEOW ZENIA SERBAGUNA

Nama : Noor Wahyu Binti Mohd Nazri

Umur : 34 tahun

Ahli   : 18 April 2018


Latar Belakang :

Puan Wahyu merupakan pengusaha restoran Small Portion Cafe dan di Taman Mulia, Negeri Sembilan dan penjual kicap char kuey teow Zenia serbaguna. Beliau mengusahakan penjualan kicap ini selama 2 tahun bersama mengendalikan restoran dan katering dalam masa yang sama. Pelanggan-pelanggan beliau merupakan penduduk di sekitar Taman Mulia dan cafe beliau sukar menerima tempahan dari luar kawasan dan turut menyediakan penkhidmatan penghantaran. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi tempahan kicap serta pelanggan ke restoran beliau. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Wahyu membuat promosi produk kicap Zenia kedainya secara kreatif dengan membuat pendekatan menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook serta kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Pendapatan beliau dikatakan kurang memuaskan dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai kicap char kuey teow Zenia serbaguna ini. Kadar keuntungan kasar beliau sebulan adalah RM 400.00 sahaja. Tahap penggunaan ICT beliau tahap sederhana sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan produk beliau kepada penduduk luar. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk kicap char kuey teow Zenia serbaguna ini dalam laman web terutamanya di Facebook, Instagram serta laman perniagaan Shopee bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai mahupun dari luar. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan penjualan produk beliau serta tempahan dari pelanggan semakin bertamabah. Pendapatan sebulan juga meningkat kepada RM800.00 disebabkan oleh hasil transformasi yang dilakukan dalam penjualan produk terbabit membuatkan pelanggan beliau berpuas hati dengan produk kicap char kuey teow Zenia serbaguna ini dan khidmat mesra pelanggan yang diberikan. 

Lampiran Gambar