E-Pembelajaran dan Advokasi KDB

Nama : Muhammad Zafri Azri Bin Zamri

Umur : 12 tahun

Ahli   : 30 November 2016


Latar Belakang :

Saya merupakan anak pertama daripada 3 orang adik beradik. Saya kini berusia 12 tahun dan sedang menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Batang Benar dalam tahun. Saya juga merupakan seorang yang gemar akan penggunaan teknologi dan gajet seperti komputer dan telefon pintar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya merupakan seorang pelajar tahun 6 yang lemah dan kurang memberi tumpuan dalam pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Saya juga kurang bertanya kepada guru di sekolah jika menghadapi masalah di dalam pembelajaran apatah lagi mengulangkaji di rumah. Saya juga sukar untuk meminjam buku rujukan di sekolahdan kawan-kawan kerana kuantiti buku rujukan adalah terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya bersyukur kerana terdapatnya Pusat Internet Komuniti (PIK) yang telah disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada komuniti setempat. Di Pusat Internet, saya telah didedahkan banyak ilmu ICT yang dibantu oleh petugas-petugas Pusat Internet seperti mempelajari komputer dan penggunaan internet Petugas juga mengajar saya dalam pembelajaran dengan memberikan nota-nota ringkas dan latihan melalui internet. Saya juga turut mempelajari tentang keselamatan di dalam penggunaan internet sebagai seorang pengguna yang berhemah dan dapat melatih tahap kreativiti saya dalam penghasilan poster digital.

Lampiran Gambar

Penjual Kek dan Biskut

Nama : Zazalinda Binti Zainal Abidin

Umur : 41 tahun

Ahli   : 10 Januari 2021


Latar Belakang :

Puan Linda merupakan usahawan yang mengusahakan perniagaan kekdan biskut secara kecil-kecilan sahaja. Puan Linda merupakan seorang yang mahir dalam pembuatan kek dan roti telah memulakan perniagaan kek sejak 3 tahun lalu dimana mengambil tempahan dari penduduk tempatan sahaja. Puan Linda ini juga telah mengusahakan penjualannya di sekitar Nilai, Pajam, dan Mantin. Disebabkan hasil penjualan yang tidak memberangsangkan beliau cuba menjual produk makanannya dikawasan pasaraya namun tidak berjaya. Oleh hal demikian, beliau mengetahui cara berkesan dengan mengembangkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial. Beliau mencari alternatif dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Inai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Linda membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan laman Facebook.com. Kebanyakkan pelanggannya sekitar Nilai, Pajam, dan Mantin sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM500.00 sebulan dan bergantung kepada keuntungan yang diperolehi hasil daripada tempahan kek dan biskut yang berjaya beliau jual kepada pelanggan. Tahap penggunaan ICT beliau tahap sederhana dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PIK bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perniagaan kek dan biskut yang ingin dijual di dalam laman web terutamanya di laman Facebook dengan lebih kreatif. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai pelbagai bentuk dan kreativiti Puan Linda dalam pembuatan kekdan biskut yang dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh beliau di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya meluaskan hasil jualan beliau di luar kawasan Negeri Sembilan seperti negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Hasil pendapatan beliau juga turut meningkat kepada RM1500.00 sebulan. Dalam jangka panjang, beliau bercita-cita membuka sebuah kedai kek beliau sendiri bagi memudahkan pelanggan beliau mencari serta mencuba keunikkan hasil pembuatan kek dan biskut Puan Linda. 

Lampiran Gambar

E-Pembelajaran dan Postermywall

Nama : Mohamad Khairul Ikhwan

Umur : 14 tahun

Ahli   : 23 September 2017


Latar Belakang :

Saya merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Saya kini berusia 14 tahun dan sedang menerima pendidikan di SMK Taman Semarak dalam tingkatan 2. Saya juga merupakan seorang yang gemar akan penggunaan teknologi dan gajet seperti komputer dan telefon pintar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya merupakan seorang pelajar yang lemah dalam pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Saya juga kurang bertanya kepada guru di sekolah jika menghadapi masalah di dalam pembelajaran. Saya juga mempunyai masa yang tidak tentu untuk membuat ulangkaji bersama rakan-rakan yang lain kerana jarak tempat tinggal adalah jauh. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus pusat internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perkhidmatan  di  dalam laman  web terutamanya  di Facebook.com bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Mantin mahupun dari luar. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai perkhidmatan dan harga promosi menarik yang disediakan untuk pelanggan beliau. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan perkhidmatan jahitan beliau kepada RM1000.00 sebulan serta pelanggan semakin hari semakin bertambah dari masa ke semasa.

Lampiran Gambar

Penjual Makanan Sejuk Beku (Frozen)

Nama : Noorul Huda Binti Hashim

Umur : 43 tahun

Ahli   : 30 November 2016


Latar Belakang :

Puan Noorul seorang usahawan yang menjual makanan sejuk beku dan di samping itu mengambil upah jahit baju di kawasan Taman Bukit Inai, Nilai. Beliau telah hampir 1 tahun menceburi bidang jualan makanan sejuk beku ini kepada penduduk setempat. Setiap hari, beliau berusaha lebih gigih bagi menjana pendapatan lebih demi keluarga beliau. Walaupun perniagaannya di buat secara sambilan namun membuat beliau rasa ingin tahu mengenai perkembangan perniagaan dan keusahawanan. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi pendapatan supaya dapat menarik lagi pelanggan beliau dengan mengunjungi Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Noorul membuat promosi perniagaannya secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan berniaga di pasar malam Taman Semarak pada setiap hari Selasa. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Hasil jualan setiap bulan sekadar RM200.00 sebulan. Oleh itu, beliau telah mengikut kelas latihan keusahawanan yang dikendalikan oleh pengurus dan penolong pengurus di PIK bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Beliau merupakan seorang pengguna kemudahan PIK yang sangat baik dan sering meminta bantuan dalam diberikan tunjuk ajar dalam bidang ICT lebih-lebih lagi dalam mengiklankan produk-produk yang diniagakan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Noorul sangat berpuas hati dengan kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk perniagaannya di dalam laman web terutamanya di Facebook.com bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai mahupun dari luar. Antara kelas yang diikuti oleh beliau seperti kelas pembinaan emel dan kelas latihan keushawanan PIK Taman Bukit Inai. Kelas-kelas yang disertai sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pemasaran perniagaannya. Dengan wujudnya pengiklanan yang berkesan pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai produk perniagaannya dan tawaran istimewa menarik yang disediakan untuk pelanggan beliau. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan sebanyak RM500.00 sebulan.

Lampiran Gambar

TUKANG JAHIT PAKAIAN WANITA

Nama : Puan Norsyafina Binti Shafiee

Umur : 35 tahun

Ahli   : 14 Oktober 2020


Latar Belakang :

Puan Norsyafina merupakan seorang tukan jahit pakaian wanita di sekitar kawasan Mantin, Negeri Sembilan. Beliau telah mengusahakan perkhidmatan menjahit baju ini selama 3 tahun dan berbekalkan pengalaman beliau bekerja dalam sektor perkhidmatan kedai jahitan baju dan pakaian kanak-kanak. Kini, beliau mengusahakan sendiri kerana kekangan masa dalam menguruskan anak-anaknya dirumah. Namun tempahan yang diterima masih kurang dan perlu mencari cara dalam meningkatkan lagi permintaan baju khususnya dalam musim perayaan. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Norsyafina membuat hebahan dan promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat, laman Facebook sahaja. Kebanyakkan pelanggannya sekitar Nilai, Pajam, dan Mantin sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM400.00 sebulan sahaja. Tahap penggunaan ICT beliau tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus pusat internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perkhidmatan  di  dalam laman  web terutamanya  di Facebook.com bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Mantin mahupun dari luar. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai perkhidmatan dan harga promosi menarik yang disediakan untuk pelanggan beliau. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan perkhidmatan jahitan beliau kepada RM1000.00 sebulan serta pelanggan semakin hari semakin bertambah dari masa ke semasa.

Lampiran Gambar