Nama asal bandar Seremban ialah Sungai Ujung. la juga dikenali sebagai Seng Hyang Ujung, Saing Ujung atau Semujung. Kebanyakkan nama-nama tersebut ada dinyatakan' dalam 'JMBRAS' Vol.22. Part ii 1949. Bandar seremban ini terletak di hulu Sungai Linggi yang merupakan sungai yang terbesar di negeri ini. Sungai ini mengalir di bahagian selatan Bandar Seremban tersebut.

 

Di dalam sebuah buku yang bertajuk Negeri Sembilan Dan Sejarahnya, terdapat beberapa cerita bagaimana bandar Seremban mendapat nama. Buku tersebut telah dikarang oleh Abdul Samad Idris.

Daerah Seremban merupakan salah satu daripada 7 daerah di Negeri Sembilan. Dalam daerah inilah terletaknya ibu negeri Negeri Sembilan iaitu Bandar Seremban. Daerah Seremban terletak di Bahagian Utara Negeri Sembilan dan merupakan daerah keempat terbesar dengan keluasan 93.501.88 hektar. Di dalam daerah ini terdapat 8 buah mukim dengan mempunyai 89 buah Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) termasuk 12 JKKK Kampung Baru.

Pihak berkuasa tempatan terbahagi kepada 2 bahagian:

No. Majlis Perbandaran Daerah / Kawasan
1. Majlis Perbandaran Seremban (MPSNS) Bandar Seremban, Rasah, Rasah Jaya, Rahang, Mambau, Senawang, Temiang, Lobak, Paroi, Bukit Chedang, Bukit Blossom, Seremban 2, Ampangan, Oakland, Bukit Kepayang, Kepayang Square, Sikamat
2. Majlis Perbandaran Nilai (MPN) Nilai, Bandar Baru Nilai, Mantin, Sungai Gadut, Labu, Lenggeng, Taman Seremban Jaya, Bandar Seremban Selatan, Rasah Kemayan, Taman Tuanku Jaafar, Pantai, Ulu Beranang, Pajam

 

Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Seremban_(daerah)