Asas Komputer : Microsoft Office (Word, Powerpoint dan Excel)

Nama : Syarifah Nor Baizura Binti Syed Mohamed Ikram

Umur : 42 tahun

Ahli   : 13 Januari 2024


Latar Belakang :

Puan Syarifah Nor Baizura atau lebih dikenali sebagai Puan Zura merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak yang tinggal di Taman Nada Alam, Nilai, Negeri Sembilan. Beliau merupakan seorang yang aktif dan sentiasa mengambil berat terhadap anak-anaknya terutamanya dari segi pembelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Sebelum penglibatan beliau di NADI, beliau banyak menghabiskan masanya di rumah sahaja dengan mengemas rumah serta menghantar dan mengambil anakanaknya di sekolah. Beliau juga berusaha memberi tumpuan kepada anakanaknya terhadap pendidikan supaya mereka fokus dan berjaya di dalam setiap pembelajaran. Antara permasalahannya adalah, beliau tidak tahu cara untuk membantu anak-anaknya dari segi pembelajaran supaya lebih fokus dan menjadikan pembelajaran tersebut lebih interaktif.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Alhamdulillah, beliau bersyukur dan berterima kasih setelah mengetahui adanya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) berdekatan dengan tempat tinggalnya. Ini membuatkan beliau bersemangat untuk ke NADI untuk mendapatkan maklumat bantuan dan cara permohonan bantuan. Beliau telah bertemu dengan petugas NADI untuk membantu beliau dalam meningkatkan teknik pembelajaran yang lebih berkesan terhadap anak-anaknya supaya mereka lebih fokus dan lebih interaktif. Selain itu, beliau juga mengikuti beberapa kelas latihan ICT yang disediakan oleh pihak NADI seperti kelas asas Microsoft Office (Word, Powerpoint dan Excel) serta kelas keusahawanan. Selain itu, beliau juga sering hadir ke NADI untuk menggunakan perkhidmatan cetak dan fotokopi.

Lampiran Gambar

Tudung Bawal (Lamira Collection)

Nama : Puteri Noorlisza Nengseh Binti Hamzah

Umur : 62 tahun

Ahli   : 18 Dec 2022

Latar Belakang :

Puan Noorlisza seorang usahawan tudung bawal dan merupakan agen kepada produk fesyen Lamira Collection. Puan Noorlisza sebelum ini telah lama berniaga pelbagai produk tempatan namun tiada sambutan. Bagi menambahkan pendapatan keluarganya beliau menceburi dalam dunia perniagaan fesyen dengan menjual tudung bawal. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini selama 1 tahun dan rata-rata pelanggannya pada penduduk setempat. Oleh itu, beliau telah mencari kaedah lain bagi meningkatkan permintaan produk beliau dan mengikuti pelbagai kelas latihan ICT dan satu program keusahawanan yang dianjurkan oleh petugas NADI Taman Bukit Inai, Negeri Sembilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Puan Noorlisza memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di laman sosial seperti Facebook dan mempromosikan produk kepada rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk memulakan perniagaan ini. Tambahan lagi, lambakan fesyen terkini di luar sana membuatkan beliau terasa persaingan yang tinggi. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap asas ICT dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikuti kelas keusahawanan yang dikendalikan oleh petugas NADI bagi merancakkan lagi perniagaan beliau serta turut mengikuti pelbagai kelas latihan ICT di NADI Taman Bukit Inai. Hasil dari penjualan beliau sebulan hanya RM300.00 sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Selepas mengikuti pelbagai kelas latihan ICT yang dikendali petugas NADI dan bengkel keusahawanan serta teknik-teknik pasaran online ICT yang dibimbing oleh petugas NADI di Pusat Sebaran Maklumat Nasional Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk tudung bawal yang ingin dijual di dalam laman sosial terutamanya di Facebook dan dalam aplikasi Tiktok. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kelebihan produk pakaian yang beliau jual melalui iklan yang dimuat naik di dalam laman sosial. Akhirnya, ilmu yang dipelajari membolehkan hasil penjualan mula bertambah kepada RM700.00 dengan hasil pengiklanan dan pertambahan permintaan dari pelanggan beliau.

Lampiran Gambar

Usahawan Pakaian Budak

Nama :Intan Nur Zulaikha Binti Malek

Umur : 31 Tahun

Ahli   : 24 Julai 2023

Latar Belakang :

Puan Intan merupakan seorang surirumah dan menjadi usahawan setelah mula berminat dalam perniagaan di alam digital ini. Beliau mula berniaga dengan menjual pakaian kanak-kanak setelah berminat membeli di Shopee. Oleh itu, beliau mula mencari pengeluar pakaian kanak-kanak di laman sosial. Beliau menjual di kawasan sekitar taman dan jiran-jiran tertangga sahaja. Disebabkan hasil penjualan yang tidak memberangsangkan beliau cuba menjual dikawasan luar Nilai namun tidak berjaya. Oleh hal demikian, beliau mengetahui cara berkesan dengan mengembangkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial. Beliau mencari alternatif dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi NADI Taman Bukit Inai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Puan Intan membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan laman WhatApps sahaja. Kebanyakkan pelanggannya sekitar Nilai sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM300.00 sebulan dan bergantung kepada hasil keuntungan yang diperolehi hasil jualannya. Tahap penggunaan ICT beliau tahap sederhana mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Melalui beberapa kelas ICT dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas-petugas NADI Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk makanannya di dalam laman web terutamanya di laman media dengan lebih kreatif. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai tepung bungkus Abdul. Akhirnya, beliau berjaya meluaskan hasil jualan beliau di sekitar Negeri Sembilan. Hasil pendapatan beliau juga turut meningkat kepada RM1500.00 sebulan. Tambahan lagi, beliau dapat mempelajari beberapa jenis perniagaan lain seperti Shopee bagi menambahkan lagi pendapatan seisi keluarga beliau. 

Lampiran Gambar

Penjual Produk Bantal Leyna

Nama :Siti Hajar Ahmad Kamal

Umur : 35 Tahun

Ahli   : 16 Oktober 2022

Latar Belakang :

Puan Hajar merupakan seorang usahawan dan ejen produk barangan keperluan iaitu produk Bantal Leyna. Operasi perniagaan beliau di sekitar Nilai, Pajam dan Mantin. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini baru 1 tahun dan rata-rata pelanggannya tertumpu di kawasan Nada Alam, Nilai. Oleh itu, beliau telah mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan serta pendapatannya dengan mengikuti satu kelas latihan keusahawanan yang diaturkan oleh petugas NADI Taman Bukit Inai. Beliau berminat menyertai kelas latihan keusahawanan kerana menambah ilmu perniagaan dalam memasarkan produk perniagaan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Puan Hajar memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di laman sosial seperti Facebook dan mempromosikan produk kepada rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk memperkenalkan produk ini. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut kelas latihan ICT dan kelas keusahawanan dijalankan oleh petugas NADI bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Hasil dari penjualan beliau sebulan hanya RM200.00 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Selepas mengikuti kelas latihan ICT dan kelas keusahawanan selama 8 jam dan bersama petugas di NADI Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk bantal Leyna yang ingin dijual di dalam laman sosial terutamanya di Facebook, Instagram mahupun di WhatApps Business sendiri. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kelebihan produk bantal hotel yang beliau usahakan melalui iklan yang dimuat naik di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan hasil jualannya kepada RM500.00 sebulan. Tambahan lagi, ilmu yang dipelajari membolehkan hasil penjualan mula bertambah dengan hasil pengiklanan dan pertambahan permintaan dari pelanggan beliau.

Lampiran Gambar

Usahawan Kuih Bahulu Tradisional

Nama : Norliza Binti Nordin

Umur : 52 Tahun

Ahli   : 20 Disember 2022

 

Latar Belakang :

Puan Norliza merupakan seorang usahawan menjual kuih bahulu dan mengusahakan perniagaannya secara kecil-kecilan sahaja bersama anak-anak beliau. Dengan kemahiran dan resepi turun-menurun dari keluarga beliau, beliau mengusahakan sendiri kuih bahulu tradisi beliau di sekitar kawasan Nilai, Pajam dan Mantin. Disebabkan hasil penjualan yang tidak memberangsangkan beliau cuba menjual kuih bahulu dikawasan luar Nilai namun tidak berjaya. Oleh hal demikian, beliau mengetahui cara berkesan dengan mengembangkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial. Beliau mencari alternatif dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi NADI Taman Bukit Inai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Puan Norliza membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan laman Facebook sahaja. Kebanyakkan pelanggannya sekitar Nilai, Pajam, dan Mantin sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM200.00 sebulan dan bergantung kepada hasil keuntungan yang diperolehi hasil jualannya. Tahap penggunaan ICT beliau tahap sederhana mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Melalui beberapa kelas ICT dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas-petugas NADI Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk makanannya di dalam laman web terutamanya di laman media dengan lebih kreatif. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai tepung bungkus Abdul. Akhirnya, beliau berjaya meluaskan hasil jualan beliau di sekitar Negeri Sembilan. Hasil pendapatan beliau juga turut meningkat kepada RM1000.00 sebulan. Tambahan lagi, beliau dapat mempelajari beberapa jenis perniagaan lain seperti Shopee bagi menambahkan lagi pendapatan seisi keluarga beliau. 

Lampiran Gambar