PENJUAL PRODUK KECANTIKAN MEERACLE

Nama : Puan Nuur Farrah Shazwani Bt. Wanchik

Umur : 29 tahun

Ahli   : 15 Ogos 2016


Latar Belakang :

Puan Farrah merupakan seorang usahawan dan ejen produk kecantikan iaitu produk Meeracle. Operasi perniagaan beliau di sekitar Mantin dan Nilai. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini baru 5 bulan dan rata-rata pelanggannya tertumpu di kawasan Mantin dan Nilai. Oleh itu, beliau telah mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan serta pendapatannya dengan mengikuti satu program keusahawan yang dianjurkan oleh petugas pusat internet Taman Bukit Inai. Beliau berminat menyertai program ini kerana menambah ilmu perniagaan dalam memasarkan produk perniagaan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Farrah memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di laman sosial seperti Facebook dan mempromosikan produk kepada rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk memperkenalkan produk ini. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut bengkel keusahawanan yang dikendalikan oleh pelatih dari MDeC iaitu Encik Wan Luqman Hakim di pusat Internet Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Hasil pendapatan bulanan beliau hanya RM200.00 sahaja disebabkan kekangan masa dan membuat hanya kerja sampingan dan mempunyai tanggungjawab sebagai surirumah sepenuh masa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Selepas mengikuti bengkel keusahawanan selama 14 jam dan teknik-teknik pasaran online ICT yang dibimbing oleh penceramah terlatih dari MDeC daripada Encik Wan dan bersama petugas di Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk kecantikan yang ingin dijual di dalam laman sosial terutamanya di Facebook dan Instagram. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kelebihan produk kesihatan yang beliau jual melalui iklan yang dimuat naik di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan hasil jualan produk kecantikan kepada RM500.00 sebulan. Tambahan lagi, ilmu yang dipelajari membolehkan hasil penjualan mula bertambah dengan hasil pengiklanan dan pertambahan permintaan dari pelanggan beliau.

Lampiran Gambar