PROGRAM TUISYEN @ MASJID

Nama : Aiman Fikrie Bin Shafie

Umur : 35 tahun

Ahli   : 5 Februari 2017


Latar Belakang :

Aiman Fikrie atau dikenali sebagai doktor Shah dalam kalangan pelajarnya merupakan seorang pensyarah dan juga tutor bagi pelajar sekolah mahupun universiti. Pada hari minggu pula, beliau mengusahakan projek tuisyen masjid bagi golongan pelajar sekolah rendah hinggalah golongan orang dewasa secara bayaran yang berpatutan serta golongan asnaf diberikan pendidikan percuma. Beliau merupakan bapa kepada 5 orang anak dan menetap di Taman Mulia, Pajam. Namun, bilangan murid yang belajar di masjid kurang sambutan beliau harus mencari jalan untuk menarik pelajar ke masjid. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi jumlah pelajar dan mempelbagaikan lagi set pembelajaran bagi pelajar beliau. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En Aiman membuat promosi kelas tuisyennya secara pendekatan dengan masjid dan sekolah sahaja.  Namun, beliau turut menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook serta kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Pendapatan beliau dikatakan pada tahap tidak memuaskan dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai kelas tuisyen masjid dan hanya beberapa masjid terlibat dalam program ini. Kadar keuntungan kasar beliau sebulan adalah RM 2000.00 sahaja dan belum mebayar gaji harian tutor yang mengajar. Tahap penggunaan ICT beliau tahap asas sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan program masjid beliau kepada penduduk luar. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan program tuisyen masjid dan sesi pembelajaran tuisyen masjid di dalam laman web terutamanya di Facebook dan Instagram bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai, Pajam dan Seremban. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai waktu kelas serta subjek-subjek yang disediakan untuk pelajar beliau.Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan beliau serta pelajar yang berdaftar semakin hari semakin bertambah. Pendapatan dalam bulanan juga meningkat kepada RM4000.00 sebulan.

Lampiran Gambar