PERUNDING LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Nama : Puan Nurul Farihah Bt Roslan

Umur : 33 tahun

Ahli   : 20 Januari 2017


Latar Belakang :

Puan Nurul Farihah merupakan seorang perunding atau penceramah dalam kursus latihan pengendali makanan di sekitar Nilai, Negeri Sembilan.  Beliau telah mengusahakan kursus ini selama 2 tahun berbekalkan pengalaman beliau dalam memberi ceramah tentang kesihatan makanan di program-program kesihatan sebelum ini. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi pelanggan ke kursus pengendali makanan beliau. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Nurul Farihah membuat hebahan kursus pengendali makanan secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui notis dan hebahan di media sosial serta bertanya dari kedai ke kedai bagi mencari pengusaha makanan yang tidak mempunyai sijil pengendalian makanan. Pendapatan beliau dikatakan pada tahap tidak memuaskan dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai perkhidmatannya. Tahap penggunaan ICT beliau tahap asas sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan perkhidmatannya beliau kepada penduduk luar. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Hasil pendapatan kursus yang dianjurkan oleh beliau juga tidak memuaskan hanya RM500.00 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus pusat internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perkhidmatan di dalam laman web terutamanya di Facebook.com bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai mahupun dari luar. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan untuk pelanggan beliau.Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan perkhidmatan kursus beliau kepada RM1500.00 sebulan serta pelanggan yang berdaftar semakin hari semakin bertambah dari masa ke semasa. 

Lampiran Gambar