MICROSOFT OFFICE DAN PENGURUSAN EMEL

Nama : Cik Nor Faezah Bt Roslan

Umur : 32 tahun

Ahli   :  Julai 2017


Latar Belakang :

Nor Faezah merupakan seorang kerani di salah sebuah pejabat swasta yang terletak di Bandar Baru Nilai. Beliau baru sahaja berpindah ke Batang Benar,  Mantin dan rumah beliau berhampiran dengan Pusat Internet Taman Bukit Inai. Beliau telah berkunjung ke PI untuk memohon tunjuk ajar dalam meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan komputer. Beliau mempelajari 'microsoft office' sebagai penambahan kemahiran beliau dalam kerja-kerja dokumentasi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya merupakan seorang yang suka menggunakan komputer untuk mendengan lagu di youtube  dan mencari maklumat di internet. Namun, itu hanyalah pengetahuan asas bagi saya sahaja. Sebagai seorang kerani, saya banyak melakukan kerja-kerja manaip dokumen seperti menggunakan perisian microsoft word dan microsoft excel. Saya amat kurang berpengetahuan dan kurang mahir dalam menggunakan perisisan tersebut. Asas menaip saya juga tidaklah mahir sama sekali dan mengambil masa yang lama untuk menaip bagi satu dokumen kerja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya berasa gembiara kerana mengetahui Pusat Internet telah diwujudkan di kawasan tempat tinggal saya. Saya mengambil ini sebagai satu inisiatif kemudahan kepada saya dan komuniti setempat untuk menggunakan segala kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak PI. Petugas PI telah membantu saya dengan mengajar saya di dalam kelas latihan ICT tentang asas menaip sehingga mahir. Selain itu, saya diajar langkah-langkah untuk menggunakan papan kekunci dengan lebih betul dan cepat. Petugas PI1M juga mengajar saya mengenai shortcut papan kekunci seperti cara untuk membuat cut, copy  dan paste dan sebagainya supaya kerja yang dilakukan lebih pantas. Saya juga mempelajari dengan lebih mendalam mengenai microsoft word dan microsoft excel seperti pembinaan jadual, masukkan gambar dan spacing.

Lampiran Gambar :

PERKHIDMATAN SEWA LORI

Nama : Puan Syariah Bt Kamaruzaman

Umur : 42 tahun

Ahli   :  September 2017


Latar Belakang :

Pn. Syariah merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perkhidmatan sewaan lori di kawasan Nilai, Negeri Sembilan. Beliau telah mengusahakan perkhidmatan sewaan lori sudah hampir 12 tahun dan lokasi pernigaannya dibuat di tempat tinggalnya di Taman Bukit Inai. Perniagaan beliau telah didaftarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan menggunakan nama Warisan Faisya Enterprise. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh pihak syarikat beliau adalah menguruskan pindahan barang-barang rumah, pindah barangan pejabat, penghantaran barang dan lain-lain. Beliau yang mengusahakan bersama suami beliau turut dibantu ahli keluarga dan saudara-mara yang lain dan setakat ini telah mempunyai 3 buah lori dalam mengendalikan perniagaan ini. Pelanggan beliau terdiri daripada penduduk setempat dan terdapat juga pelanggan dari luar tempat menggunakan perkhidmatannya. Harga yang ditawarkan kepada pelanggan amatlah berpatutan dan mengikut jarak dan lokasi tempat pindahan barang ditetapkan serta beroperasi 24 jam setiap hari. Namun, beliau mempunyai sedikit masalah dalam mempromosikan perniagaan beliau dan kurang mendapat pelanggan kerana terdapat persaingan dengan syarikat-syarikat lebih besar dalam perkhidmatan pindah barang ini. Oleh itu, beliau mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan dan sumber pendapatan syarikatnya dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Pn. Syariah merupakan seorang ibu kepada 5 orang anak dan suri rumah dalam masa yang sama membantu suaminya dalam menguruskan perniagaan bersama suaminya. Ketika suaminya sibuk dalam menguruskan kendalian lori, Pn. Syariah pula membantu dari segi mencari pelanggan dan membuat jadual pengurusan bagi perniagaannya. Beliau turut membuat promosi secara dalam talian seperti laman web Mudah.my atau menampal notis-notis di sekitar kawasan tempat tinggalnya. Kebanyakkan pelanggannya adalah sekitar Negeri Sembilan sahaja. Pendapatan beliau juga tidak begitu memuaskan iaitu sekitar RM 1,000 – RM 2,000 dan bergantung kepada keadaan ekonomi semasa serta tempahan lori sewa. Tahap penggunaan ICT beliau tahap asas sahaja dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI1M bagi memajukan lagi perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perniagaannya terutamanya di Mudah.my. Beliau turut diajar mencipta laman perniagaan di Facebook.com dan membuat blog khas yang masih dalam pembikinan mengenai perniagaan beliau. Pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai perkhidmatan sewaan lori beliau melalui iklan yang dimuat naik oleh Pn.  Syariah di halaman Facebook/ Perkhidmatan lori sewa N9 beliau iaitu https://www.facebook.com/warisanfaisyaenterprise/. Sehingga ke hari ini, beliau telah berjaya meningkatkan pendapatan sewaan lori dan lebih menarik lagi beliau dapat mempelbagai perkhidmatan beliau serta dapat menarik pelanggan dari luar Negeri Sembilan.

Lampiran Gambar :

SUTINGAN VIDEO DAN DESIGN POSTER SECARA ONLINE

Nama : Mohd Badrul Hisham Bin Shabari 

Umur : 14 tahun

Ahli   :  Julai 2016


Latar Belakang :

Badrul Hisham atau dikenali sebagai bad merupakan seorang pelajar yang aktif dalam setiap program dan pertandingan yang dijalankan oleh pihak PI. Beliau juga telah memenangi banyak pertandingan yang disertainya seperti menaip terpantas, kuiz ICT dan kuiz Klik Dengan Bijak (KDB). beliau juga berminat untuk mendalami ilmu-ilmu ICT di PI dengan mengikuti latihan ICT yang dijalankan di PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya berasa bersemangat apabila berada di hadapan komputer kerana ini membuatkan saya dapat melatih diri saya supaya menjadi seorang yang lebih cekap menggunakan komputer dan menjadi seorang yang celik IT. Saya kurang mahir dalam  menggunakan papan kekunci dan kurang mahir dalam teknik mencari maklumat dengan cepat dan tepat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya berbesar hati kerana mengetahui Pusat Internet (PI) telah diwujudkan di kawasan tempat tinggal saya. Saya mengambil ini sebagai satu inisiatif kemudahan kepada saya dan komuniti setempat untuk menggunakan segala kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak PI. Petugas PI telah membantu saya dengan mengajar saya di dalam kelas latihan ICT tentang teknik mencari maklumat menggunakan google dan asas menggunakan papan kekunci supaya lebih mahir. 

Lampiran Gambar :

TONE EXCEL DAN PAKAIAN TERPAKAI

Nama : Mohd Saidi Bin Ibrahim

Umur : 39 tahun

Ahli   :  September 2016


Latar Belakang :

En. Saidi seorang usahawan yang menjual kad prepaid prabayar dan di samping itu menjual pakaian terpakai di sekitar pasar malam Taman Semarak, Nilai. Beliau telah hampir 4 tahun menceburi bidang jualan langsung prepaid prabayar ini kepada penduduk setempat. Beliau sekarang ini bekerja sebagai supervisor di sebuah kilang swasta dan mempunyai seorang isteri dan 4 orang anaknya. Setiap hari, beliau berusaha lebih gigih bagi menjana pendapatan lebih demi keluarga beliau. Walaupun perniagaannya di buat secara sambilan namun membuat beliau rasa ingin tahu mengenai bab perniagaan dan keusahawanan menyebabkan beliau tekad berusaha demi keluarga. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi pendapatan supaya dapat menarik lagi pelanggan beliau dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En. Saidi membuat promosi perniagaannya secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan berniaga di pasar malam Taman Semarak pada setiap hari Selasa. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan dan beliau masih mempunyai masa yang terbatas antara kerja hakiki dengan keluarga lagi. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap sederhana mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut bengkel keusahawanan yang dikendalikan oleh pengurus dan penolong pengurus di PI Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Beliau merupakan seorang pengguna kemudahan PI yang sangat baik dan sering meminta bantuan dalam diberikan tunjuk ajar dalam bidang ICT lebih-lebih lagi dalam mengiklankan produk-produk yang diniagakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En. Saidi sangat berpuas hati dengan kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk perniagaannya di dalam laman web terutamanya di Facebook.com dan Mudah.my bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai mahupun dari luar. Antara kelas yang diikuti oleh beliau seperti kelas pembinaan emel, pembinaan blog perniagaan dan bengkel keushawanan PI Taman Bukit Inai. Kelas-kelas yang disertai sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pemasaran perniagaannya. Dengan wujudnya pengiklanan yang berkesan pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai produk perniagaannya dan tawaran istimewa menarik yang disediakan untuk pelanggan beliau.Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan beliau serta jumlah pelanggan yang mendapatkan kad prepaid prabayar dan hasil jualan pakaian terpakainya juga semakin hari semakin bertambah dari masa ke semasa. 

Lampiran Gambar :

PRODUK KESIHATAN 'PRETTY CANDID'

Nama : Puan Nor Asiah Bt Mat

Umur : 30 tahun

Ahli   :  Feb 2017


Latar Belakang :

Puan Nor Asiah Mat merupakan seorang usahawan produk kesihatan dan merupakan pengasas kepada produk kesihatan iaitu Prettycandid. Operasi perniagaan beliau di Dataran Dwi Tasik Bandar Sri Permaisuri dan sehingga kini beliau ingin melebarkan penjualan produknya ke seluruh negeri. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini selama 3 tahun dan rata-rata pelanggannya tertumpu di kawasan bandar. Oleh itu, beliau telah mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan serta pendapatannya dengan mengikuti satu program keusahawan yang dianjurkan oleh petugas PI Taman Bukit Inai, Negeri Sembilan. Beliau berminat menyertai program ini kerana menambah ilmu perniagaan dalam memasarkan produk perniagaan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Nor Asiah memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di laman sosial seperti Facebook dan mempromosikan produk kepada rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk menghasilkan produk ini. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap sederhana mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut bengkel keusahawanan yang dikendalikan oleh pelatih dari MDeC iaitu Encik Wan Luqman Hakim di PI Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Selepas mengikuti bengkel keusahawanan selama 8 jam  dan teknik-teknik pasaran online ICT yang dibimbing oleh penceramah terlatih dari MDeC daripada Encik Wan di Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk kesihatan yang ingin dijual di dalam laman sosial terutamanya di Facebook, Instagram dan beliau mempunyai blog khas mengenai perniagaan produk beliau. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kelebihan produk kesihatan yang beliau jual melalui iklan yang dimuat naik di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya menjual produk kesihatan beliau di luar kawasan Kuala Lumpur seperti negeri Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Tambahan lagi, ilmu yang dipelajari membolehkan hasil penjualan mula bertambah dengan hasil pengiklanan dan pertambahan permintaan dari pelanggan beliau.

Lampiran Gambar :