E-PEMBELAJARAN DAN MULTIMEIDIA

Nama : Haris Iskandar Bin Mohd Hairol

Umur : 12 tahun

Ahli   :  Mei 2017


Latar Belakang :

Saya merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik beradik. Saya merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Batang Benar, Mantin yang terletak di Negeri Sembilan. Saya juga merupakan pelajar tahun 6 di sekolah itu dan akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. 


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Untuk makluman, saya berasa sangat sukar untuk membuat ulangkaji pelajaran sama ada di sekolah mahu pun di rumah. Ini adalah kerana kemudahan yang disediakan adalah sangat terhad, terutamanya di sekolah. Walaupun terdapat perpustakaan di sekolah, namun jumlah bilangan buku yang ada untuk digunakan dan dipinjam adalah sangat terhad berbanding dengan bilangan pelajar di sekolah. Selain itu, saya juga mempunyai kekangan masa untuk belajar di rumah kerana terlalu banyak masa dihabiskan sewaktu di sekolah seperti kelas tambahan dan aktiviti sukan dan kelab persatuan pada waktu petang. Saya juga menggunakan cuti hujung minggu untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang telah diberi oleh guru untuk disiapkan. Permasalahannya adalah, sekiranya terdapat kekeliruan dan pertanyaan terhadap tugasan yang diberi dan bagaimana cara untuk bertanya dan menyelesaikannya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Alhamdulillah, saya berasa lega dan gembira kerana terdapat satu tempat yang boleh membantu dan menyelesaikan masalah saya dengan lebih cepat dan berkesan. Pusat Internet telah banyak memberi tunjuk ajar saya dalam pembelajaran dan menyiapkan tugasan-tugasan yang telah diberikan oleh guru di sekolah. Pusat Internet juga membantu saya tentang pembelajaran secara atas talian (E-Learning) melalui beberapa laman sesawang yang telah disediakan. Pusat Internet juga memudahkan lagi komuniti-komuniti di sekitar kawasan berhampiran dengan menyediakan perkhidmatan seperti internet, perkhidmatan percetakan dan kelas ICT dan usahawan bagi semua kategori.

Lampiran Gambar

PERUNDING LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Nama : Puan Nurul Farihah Bt Roslan

Umur : 33 tahun

Ahli   : 20 Januari 2017


Latar Belakang :

Puan Nurul Farihah merupakan seorang perunding atau penceramah dalam kursus latihan pengendali makanan di sekitar Nilai, Negeri Sembilan.  Beliau telah mengusahakan kursus ini selama 2 tahun berbekalkan pengalaman beliau dalam memberi ceramah tentang kesihatan makanan di program-program kesihatan sebelum ini. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi pelanggan ke kursus pengendali makanan beliau. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Nurul Farihah membuat hebahan kursus pengendali makanan secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui notis dan hebahan di media sosial serta bertanya dari kedai ke kedai bagi mencari pengusaha makanan yang tidak mempunyai sijil pengendalian makanan. Pendapatan beliau dikatakan pada tahap tidak memuaskan dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai perkhidmatannya. Tahap penggunaan ICT beliau tahap asas sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan perkhidmatannya beliau kepada penduduk luar. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Hasil pendapatan kursus yang dianjurkan oleh beliau juga tidak memuaskan hanya RM500.00 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus pusat internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perkhidmatan di dalam laman web terutamanya di Facebook.com bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai mahupun dari luar. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan untuk pelanggan beliau.Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan perkhidmatan kursus beliau kepada RM1500.00 sebulan serta pelanggan yang berdaftar semakin hari semakin bertambah dari masa ke semasa. 

Lampiran Gambar

PENJUAL PRODUK BANTAL HOTEL DAG

Nama : Sawiyah Bt Md Nor

Umur : 53 tahun

Ahli   : 21 September 2018


Latar Belakang :

Puan Sawiyah merupakan seorang usahawan dan ejen produk barangan hotel iaitu produk Bantal Hotel DAG. Operasi perniagaan beliau di sekitar Nilai, Pajam dan Mantin. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini baru 1 tahun dan rata-rata pelanggannya tertumpu di kawasan Taman Bukit Inai. Oleh itu, beliau telah mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan serta pendapatannya dengan mengikuti satu kelas latihan keusahawanan yang diaturkan oleh petugas pusat internet Taman Bukit Inai. Beliau berminat menyertai kelas latihan keusahawanan kerana menambah ilmu perniagaan dalam memasarkan produk perniagaan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Sawiyah memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di laman sosial seperti Facebook dan mempromosikan produk kepada rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk memperkenalkan produk ini. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut kelas latihan ICT dan kelas keusahawanan dijalankan oleh petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Hasil dari penjualan beliau sebulan hanya RM400.00 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Selepas mengikuti kelas latihan ICT dan kelas keusahawanan selama 12 jam dan bersama petugas di Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk bantal hotel DAG yang ingin dijual di dalam laman sosial terutamanya di Facebook, Instagram mahupun di blog khasnya sendiri iaitu https://kakteh147.wixsite.com/bantaldagsawiyah. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kelebihan produk bantal hotel yang beliau usahakan melalui iklan yang dimuat naik di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan hasil jualannya kepada RM800.00 sebulan. Tambahan lagi, ilmu yang dipelajari membolehkan hasil penjualan mula bertambah dengan hasil pengiklanan dan pertambahan permintaan dari pelanggan beliau.

Lampiran Gambar

 PENCARIAN MAKLUMAT DAN MULTIMEDIA

Nama : Nur Muhammad Hafizzuddin

Umur : 12 tahun

Ahli   :  Julai 2016


Latar Belakang :

Saya merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Saya merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Batang Benar, Mantin yang terletak di Negeri Sembilan. Saya juga merupakan pelajar tahun 6 di sekolah itu dan telah selesai menjalani Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Alhamdulillah, saya bersyukur kerana telah lulus dalam semua mata pelajaran di dalam peperiksaan tersebut.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Untuk makluman, sebelum wujudnya Pusat Internet di kawasan tempat tinggal saya, semua kemudahan dan perkhidmatan yang diinginkan hanya boleh didapatkan di kawasan bandar sahaja. Lokasi bandar dari tempat tinggal saya adalah sangat jauh dan memerlukan pengangkutan awam untuk pergi kesana atau pergi bersama ibu bapa, namun masa mereka adalah terhad kerana sibuk dengan masa bekerja. Selain itu, saya hanya membuat ulang kaji pelajaran berpandukan buku teks dan beberapa buku rujukan sahaja di rumah. Saya juga ada membuat pencarian maklumat di internet dengan menggunakan data di telefon, tetapi sangat perlahan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya bersyukur kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di atas usaha membangunkan Pusat Internet di kawasan tempat tinggal saya. Pelbagai perkhidmatan yang telah disediakan oleh Pusat Internet seperti internet, percetakan dan fotokopi dengan harga yang berpatutan. Selain itu juga, Pusat Internet melaksanakan kelas latihan ICT bagi semua peringkat umur. Saya juga boleh mengisi masa lapang di Pusat Internet dengan mengikuti kelas ICT sebagai penambahan ilmu pengetahuan dalam bidang komputer. Petugas-petugas Pusat Internet juga sangat baik dan ramah serta banyak membantu saya dalam mencari bahan rujukan di internet.

Lampiran Gambar

PENJUAL PRODUK KESIHATAN OLIVIE

Nama : Noor Fadzilah Binti Muhamed

Umur : 37 tahun

Ahli   : 6 Mac 2019


Latar Belakang :

Puan Noor Fadzilah Muhamed merupakan seorang usahawan dan ejen produk kesihatan iaitu produk Olivie House. Operasi perniagaan beliau di sekitar Taman Bukit Inai dan Nilai. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini baru 1 tahun dan rata-rata pelanggannya tertumpu di kawasan Taman Bukit Inai. Oleh itu, beliau telah mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan serta pendapatannya dengan mengikuti satu program keusahawan yang dianjurkan oleh petugas pusat internet Taman Bukit Inai. Beliau berminat menyertai program ini kerana menambah ilmu perniagaan dalam memasarkan produk perniagaan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Noor Fadzilah Muhamed memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di laman sosial seperti Facebook dan mempromosikan produk kepada rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk memperkenalkan produk ini. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut kelas keusahawanan yang dikendalikan oleh petugas-petugas di pusat internet Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Hasil pendapatan bulanan beliau hanya RM200.00 sahaja disebabkan kekangan masa serta membuat hanya kerja sampingan dan mempunyai tanggungjawab dalam menguruskan anak-anak.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Selepas mengikuti bengkel keusahawanan selama 8 jam dan teknik-teknik pasaran online ICT yang dibimbing oleh petugas di pusat internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk kesihatan yang ingin dijual di dalam laman sosial terutamanya di Facebook dan Instagram. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kelebihan produk kesihatan yang beliau jual melalui iklan yang dimuat naik di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan hasil jualan produk kecantikan kepada RM400.00 sebulan. Tambahan lagi, ilmu yang dipelajari membolehkan hasil penjualan mula bertambah dengan hasil pengiklanan dan pertambahan permintaan dari pelanggan beliau.

Lampiran Gambar