PENJUAL PRODUK BANTAL HOTEL DAG

Nama : Sawiyah Bt Md Nor

Umur : 53 tahun

Ahli   : 21 September 2018


Latar Belakang :

Puan Sawiyah merupakan seorang usahawan dan ejen produk barangan hotel iaitu produk Bantal Hotel DAG. Operasi perniagaan beliau di sekitar Nilai, Pajam dan Mantin. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini baru 1 tahun dan rata-rata pelanggannya tertumpu di kawasan Taman Bukit Inai. Oleh itu, beliau telah mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan serta pendapatannya dengan mengikuti satu kelas latihan keusahawanan yang diaturkan oleh petugas pusat internet Taman Bukit Inai. Beliau berminat menyertai kelas latihan keusahawanan kerana menambah ilmu perniagaan dalam memasarkan produk perniagaan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Sawiyah memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di laman sosial seperti Facebook dan mempromosikan produk kepada rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk memperkenalkan produk ini. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut kelas latihan ICT dan kelas keusahawanan dijalankan oleh petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Hasil dari penjualan beliau sebulan hanya RM400.00 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Selepas mengikuti kelas latihan ICT dan kelas keusahawanan selama 12 jam dan bersama petugas di Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk bantal hotel DAG yang ingin dijual di dalam laman sosial terutamanya di Facebook, Instagram mahupun di blog khasnya sendiri iaitu https://kakteh147.wixsite.com/bantaldagsawiyah. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kelebihan produk bantal hotel yang beliau usahakan melalui iklan yang dimuat naik di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan hasil jualannya kepada RM800.00 sebulan. Tambahan lagi, ilmu yang dipelajari membolehkan hasil penjualan mula bertambah dengan hasil pengiklanan dan pertambahan permintaan dari pelanggan beliau.

Lampiran Gambar