PENJUAL PRODUK KESIHATAN OLIVIE

Nama : Noor Fadzilah Binti Muhamed

Umur : 37 tahun

Ahli   : 6 Mac 2019


Latar Belakang :

Puan Noor Fadzilah Muhamed merupakan seorang usahawan dan ejen produk kesihatan iaitu produk Olivie House. Operasi perniagaan beliau di sekitar Taman Bukit Inai dan Nilai. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini baru 1 tahun dan rata-rata pelanggannya tertumpu di kawasan Taman Bukit Inai. Oleh itu, beliau telah mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan serta pendapatannya dengan mengikuti satu program keusahawan yang dianjurkan oleh petugas pusat internet Taman Bukit Inai. Beliau berminat menyertai program ini kerana menambah ilmu perniagaan dalam memasarkan produk perniagaan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Noor Fadzilah Muhamed memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di laman sosial seperti Facebook dan mempromosikan produk kepada rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk memperkenalkan produk ini. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut kelas keusahawanan yang dikendalikan oleh petugas-petugas di pusat internet Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Hasil pendapatan bulanan beliau hanya RM200.00 sahaja disebabkan kekangan masa serta membuat hanya kerja sampingan dan mempunyai tanggungjawab dalam menguruskan anak-anak.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Selepas mengikuti bengkel keusahawanan selama 8 jam dan teknik-teknik pasaran online ICT yang dibimbing oleh petugas di pusat internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk kesihatan yang ingin dijual di dalam laman sosial terutamanya di Facebook dan Instagram. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kelebihan produk kesihatan yang beliau jual melalui iklan yang dimuat naik di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan hasil jualan produk kecantikan kepada RM400.00 sebulan. Tambahan lagi, ilmu yang dipelajari membolehkan hasil penjualan mula bertambah dengan hasil pengiklanan dan pertambahan permintaan dari pelanggan beliau.

Lampiran Gambar