PENGUSAHA PUSAT JAGAAN TADIKA APC PAJAM

Nama : Siti Azizah Binti Ujang

Umur : 52 tahun

Ahli   :  26 Disember 2018


Latar Belakang :

Puan Azizah merupakan pengusaha pusat jagaan tadika APC Pajam dan di Pajam, Negeri Sembilan. Beliau mengusahakan pusat tadika ini selama 3 tahun namun pengalaman beliau telah hampir 10 tahun mengendalikan taska kerajaan sebelum ini membuatkan beliau membuka tadika sendiri. Rata-rata pelajar beliau merupakan penduduk di sekitar Pajam, Mantin dan Nilai. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi jumlah pelajarnya ke tadika beliau dan mempelbagaikan lagi set pembelajaran bagi kanak-kanak di tadika beliau. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Azizah membuat promosi tadikanya secara kreatif dengan membuat pendekatan menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook serta kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Pendapatan beliau dikatakan pada tahap tidak memuaskan dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai tadika APC Pajam ini. Kadar keuntungan kasar beliau sebulan adalah RM 2000.00 sahaja. Tahap penggunaan ICT beliau tahap asas sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan kedai beliau kepada penduduk luar. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan tadika APC Pajam  di dalam laman web terutamanya di Facebook dan Instagram bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai serta Pajam. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai tadika terbabit serta aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan untuk pelajar beliau.Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan tadika beliau serta murid yang hadir semakin hari semakin bertambah. Pendapatan dalam bulanan juga meningkat kepada RM3000.00 disebabkan oleh hasil transformasi yang dilakukan dalam pengurusan tadika terbabit membuatkan ibu bapa murid berpuas hati dengan aktiviti dan kelas latihan, pesekitaran dan khidmat mesra pelanggan yang diberikan. 

Lampiran Gambar

E-PEMBELAJARAN, SUNTINGAN VIDEO DAN MULTIMEDIA

Nama : Mohamad Asyraf Bin Mohd Izam

Umur : 13 tahun

Ahli   :  Disember 2016


Latar Belakang :

Saya merupakan pelajar tingkatan 1 di SMK Taman Semarak. Saya juga merupakan anak yang ke 2 daripada 3 orang adik beradik. Antara mata pelajaran yang saya minati di sekolah adalah teknologi maklumat kerana saya dapat mempelajari berkenaan dunia teknologi mengikut peredaran masa terkini.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya sering menggunakan komputer di sekolah untuk mencari bahan pembelajaran dan melihat video di youtube. Namun terdapat kekangan masa yang terhad jika saya menggunakan komputer di sekolah kerana terikat dengan jadual kelas pembelajaran di sekolah. Selain itu, saya juga pergi ke pusat komputer berhampiran untuk melakukan tugasan sekolah tetapi tempat adalah terhad kerana ramai pengguna yang datang untuk bermain komputer di situ dan ini sangat menyukarkan saya untuk melakukan kerja sekolah. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya berasa sangat gembira kerana terdapat sebuah Pusat Internet yang dibina berhampiran dengan tempat tinggal saya. Pusat Internet ini adalah sangat bagus dan baik kepada semua pengguna sekitar kawasan berhampiran kerana Pusat Internet menyediakan perkhidmatan yang lengkap kepada para pengguna seperti komputer, internet, perkhidmatan cetak, fotostat dan laminate turut disediakan. Selain itu, Pusat Internet ada menyediakan kelas latihan ICT yang dikendalikan oleh petugas PI kepada semua kategori baik daripada kanak-kanak sehingga dewasa. Di sini, saya dapat mempelajari pelbagai modul kelas latihan ICT dan saya juga diberi tunjuk ajar oleh petugas PI dalam penggunaan komputer. Tambahan pula, keselesaan yang diberikan oleh PI adalah sangat selesa dan sesuai untuk melakukan tugasan sekolah atau perbincangan berkumpulan. Saya dan kawan-kawan yang lain sering datang ke PI untuk menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan.

Lampiran Gambar

BANTAL DAG HOTEL

Nama : Puan Mazita Binti Mahmud

Umur : 51 tahun

Ahli   :  30 November 2016


Latar Belakang :

Puan Mazita Mahmud merupakan seorang usahawan dan ejen produk barangan hotel iaitu produk Bantal Hotel DAG. Operasi perniagaan beliau di sekitar Nilai, Pajam dan Mantin. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini baru 7 bulan dan rata-rata pelanggannya tertumpu di kawasan Taman Bukit Inai. Oleh itu, beliau telah mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan serta pendapatannya dengan mengikuti satu kelas latihan keusahawanan yang diaturkan oleh petugas pusat internet Taman Bukit Inai. Beliau berminat menyertai kelas latihan keusahawanan kerana menambah ilmu perniagaan dalam memasarkan produk perniagaan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Mazita Mahmud memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di laman sosial seperti Facebook dan mempromosikan produk kepada rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk memperkenalkan produk ini. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut kelas latihan ICT dan kelas keusahawanan dijalankan oleh petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Hasil dari penjualan beliau sebulan hanya RM500.00 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Selepas mengikuti kelas latihan ICT dan kelas keusahawanan selama 12 jam dan bersama petugas di Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk bantal hotel DAG yang ingin dijual di dalam laman sosial terutamanya di Facebook, Instagram mahupun di blog khasnya sendiri iaitu https://itacun5014.wixsite.com/bantalputeribongsu. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kelebihan produk bantal hotel yang beliau usahakan melalui iklan yang dimuat naik di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan hasil jualannya kepada RM1000.00 sebulan. Tambahan lagi, ilmu yang dipelajari membolehkan hasil penjualan mula bertambah dengan hasil pengiklanan dan pertambahan permintaan dari pelanggan beliau.

Lampiran Gambar

SIM KAD TONE EXCEL DAN TONE WOW

Nama : Mohd Zul Amri Bin Zainal

Umur : 34 tahun

Ahli   :  01 Februari 2017


Latar Belakang :

En. Amri seorang usahawan yang menjual kad prepaid prabayar Tone Excel di sekitar Nilai. Beliau telah hampir 3 tahun menceburi bidang jualan langsung prepaid prabayar ini kepada penduduk setempat. Beliau sekarang ini bekerja sebagai supervisor di sebuah kilang swasta dan mempunyai seorang isteri dan 2 orang anaknya. Setiap hari, beliau berusaha lebih gigih bagi menjana pendapatan lebih demi keluarga beliau. Walaupun perniagaannya di buat secara sambilan namun membuat beliau rasa ingin tahu mengenai perniagaan dan keusahawanan menyebabkan beliau tekad berusaha demi keluarga. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi pendapatan supaya dapat menarik lagi pelanggan beliau dengan mengunjungi pusat internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En. Amri membuat promosi perniagaannya secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui rakan sekerja dan promosi di pasar malam Taman Semarak pada setiap hari Selasa. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan dan beliau masih mempunyai masa yang terbatas antara kerja hakiki dengan keluarga lagi. Purata hasil pendapatan sebulan beliau hanyalah sebanyak RM200.00 sahaja. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap sederhana mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut bengkel keusahawanan yang dikendalikan oleh pengurus dan penolong pengurus di pusat internet Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En. Amri sangat berpuas hati dengan kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus pusat internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk perniagaannya di dalam laman web terutamanya di Facebook, Instagram dan blogger sendiri bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai mahupun dari luar. Antara kelas yang diikuti oleh beliau seperti kelas pembinaan emel, pembinaan blog perniagaan dan bengkel keushawanan pusat internet Taman Bukit Inai. Kelas-kelas yang disertai sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pemasaran perniagaannya. Dengan wujudnya pengiklanan yang berkesan pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai produk perniagaannya dan tawaran istimewa menarik yang disediakan untuk pelanggan beliau. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan beliau kepada RM400.00 sebulan serta jumlah pelanggan yang mendapatkan kad prepaid prabayar semakin bertambah dari masa ke semasa. 

Lampiran Gambar

ASAS MENAIP, MICROSOFT OFFICE DAN ENGLISH CENTRAL

Nama : Muhd Yusuf Ilham Bin Shabari

Umur : 12 tahun

Ahli   :  Julai 2016


Latar Belakang :

Saya merupakan pelajar tahun 6 dan mengambil peperiksaan Ujian penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. Saya mempunyai 2 orang adik beradik dan saya adalah yang sulung. Saya amat meminati penggunaan komputer dan internet terutamanya mencari maklumat sebagai bahan rujukan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum wujudnya Pusat Internet, saya akan memenuhi masa saya dengan pergi ke pusat komputer yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal saya. Selain itu, saya juga pergi ke perpustakaan sekolah, untuk mendapatkan bahan rujukan tentang pembelajaran. Namun terdapat kekangan masa untuk melakukan semua hal tersebut dalam waktu yang sama kerana saya perlu mengisi dan membahagikan masa saya untuk perkara-perkara yang lain.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Alhamdulillah saya bersyukur kerana terdapat sebuah Pusat Internet yang telah dibuka berdekatan dengan kawasan perumahan saya. Saya boleh melakukan kerja pencarian maklumat di Pusat Internet dengan lebih banyak masa. Selain itu, saya boleh melakukan tugasan sekolah yang diberikan dengan mudah dan selesa. Perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet adalah sangat baik dan selesa. Petugas Pusat Internet juga memberi khidmat yang baik dan mesra pelanggan kepada pengguna yang hadir. Tambahan pula, saya mengikuti beberapa kelas latihan ICT yang dijalankan di Pusat Internet sebagai penambahan ilmu ICT. 

Lampiran Gambar