SELAMAT DATANG KE PORTAL PEDi TAMAN BUKIT INAI, NILAI

PENGENALAN PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) KELUARGA MALAYSIA

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan PEDi untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer. Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

PEDi menawarkan latihan ICT (Information and Communication Technology) secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli PEDi. Selain itu, PEDi juga menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar, printing, scanning, fotostat, laminate, binding dan zon internet tanpa wayar. PEDi turut menawarkan latihan seperti pengenalan asas komputer, asas internet, aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-dagang,e-pembelajaran), desktop publishing ( Microsoft office) dan sebagainya.

OBJEKTIF PEDi

Antara objektif PEDi adalah seperti berikut:

  • Kemudahan akses internet secara kolektif
  • Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
  • Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
  • Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
  • Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan

 

NAMA PETUGAS PEDi TAMAN BUKIT INAI

NAMA PETUGAS JAWATAN NO. TELEFON
MUHAMMAD HAFIZ BIN JAAFAR PENGURUS 017-3548226
MOHAMAD SAHRIZAL BIN YAHYA PENOLONG PENGURUS 014-8346260

 

JUMLAH AHLI PEDi TAMAN BUKIT INAI

 JUMLAH AHLI SEHINGGA 07 FEBRUARI 2022

618 ORANG

 

WAKTU OPERASI PEDi TAMAN BUKIT INAI

 WAKTU OPERASI  WAKTU REHAT

 ISNIN - AHAD
JAM 9.00 PAGI - 6.00 PETANG

TUTUP CUTI UMUM

 ISNIN - AHAD
JAM 1.00 TGHARI - 2.00 PETANG

JUMAAT
JAM 12.30 TGHARI - 2.30 PETANG