|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pentingnya menjalankan ujikaji atau eksperimen bagi setiap kajian yang ingin dilakukan. Ini adalah kerana untuk menyiasat akan sesuatu kepastian yang dijalankan terhadap eksperimen tersebut. Selain itu, untuk memberi penjelasan kepada para pelajar tentang ujikaji yang dijalankan.
Aktiviti :
Para pelajar telah diberi soalan-soalan Sains yang berkaitan dengan beberapa eksperimen. Para pelajar diberi penjelasan oleh petugas Pusat Internet tentang eksperimen yang dijalankan berdasarkan soalan yang diberi. Para pelajar diuji untuk mendapatkan hasil dan penyelesaian masalah yang terdapat di dalam soalan Sains tersebut. Berdasarkan teknik pembelajaran ini, akan dapat meningkatkan lagi kemahiran para pelajar untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan pada masa akan datang.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu para pelajar dalam menjawab segala soalan penyelesaian masalah yang diberikan. Selain itu, para pelajar diajar tentang teknik pengiraan dan penggunaan formula matematik yang telah diberikan sebagai panduan para pelajar. Selain itu, memberi fokus para pelajar untuk membuat analisis bagi soalan-soalan yang sering keluar pada peperiksaan.
Aktiviti :
Para pelajar diberi latih tubi berkaitan soalan-soalan peperiksaan matematik sebagai ulangkaji. Selain itu, para pelajar diberi soalan ujian oleh petugas Pusat Internet untuk menguji tahap pemahaman mereka dalam menjawab soalan matematik.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu para pelajar menguasai kosakata dan pemahaman dalam pembelajaran bagi Bahasa Melayu. Kelas ini juga dapat membantu para pelajar daripada kecelaruan dalam penggunaan bahasa dan perkataan. Ini akan memudahkan lagi para pelajar untuk menjawab latihan dan soalan peperiksaan Bahasa Melayu.
Aktiviti :
Para pelajar diberi penerangan asas berkaitan tatabahasa. Para pelajar membuat ulangkaji dan menjawab latihan yang telah diberi oleh petugas Pusat Internet bagi penggunaan asas tatabahasa seperti kata nama, simpulan bahasa dan sebagainya.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk melatih para pelajar dalam pembinaan ayat dan menjadikan dalam sebuah penceritaan yang lengkap dan lebih baik serta menarik. Selain itu, mempraktiskan para pelajar dalam penggunaan perkataan dalam Bahasa Inggeris supaya lebih cepat memahami dan mengetahui maksud perkataan tersebut.
Aktiviti :
Para pelajar diberi beberapa latihan pembinaan ayat ringkas sebagai latihan asas pembinaan ayat dalam Bahasa Inggeris. Para pelajar juga dilatih untuk memahami maksud setiap perkataan dlam ayat tersebut melalui kamus dan penterjemahan secara 'online'. Para pelajar juga diajar tentang teknik untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik dan menarik oelh petugas Pusat Internet.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam teknik menjawab soalan peperiksaan sains. Selain itu, memberi pendedahan kepada para pelajar tentang format sebenar peperiksaan dan teknik untuk mendapatkan skor pemarkahan yang baik dalam peperiksaan. Tambahan pula, membantu para pelajar mengulangkaji pelajaran dan perbincangan secara berkumpulan.
Aktiviti :
Para pelajar diberi latih tubi daripada petugas Pusat Internet sebagai latihan ulangkaji sebelum menduduki peperiksaan. Para pelajar juga diuji untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan dan pencapaian mereka dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu, para pelajar juga dibekalkan nota sebagai rujukan mereka.