|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pentingnya menjalankan ujikaji atau eksperimen bagi setiap kajian yang ingin dilakukan. Ini adalah kerana untuk menyiasat akan sesuatu kepastian yang dijalankan terhadap eksperimen tersebut. Selain itu, untuk memberi penjelasan kepada para pelajar tentang ujikaji yang dijalankan.
Aktiviti :
Para pelajar telah diberi soalan-soalan Sains yang berkaitan dengan beberapa eksperimen. Para pelajar diberi penjelasan oleh petugas Pusat Internet tentang eksperimen yang dijalankan berdasarkan soalan yang diberi. Para pelajar diuji untuk mendapatkan hasil dan penyelesaian masalah yang terdapat di dalam soalan Sains tersebut. Berdasarkan teknik pembelajaran ini, akan dapat meningkatkan lagi kemahiran para pelajar untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan pada masa akan datang.