Tarikh      :  13 Julai 2018 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00  Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  8 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran komunikasi dan tahap penguasaan para pelajar di dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, dapat membantu meningkatkan lagi pemahaman para pelajar dalam ayat-ayat Bahasa Inggeris. Ini juga dapat melatih para pelajar membiasakan diri dengan bacaan-bacaan artike atau buku yang menggunakan Bahasa Inggeris.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet membantu para pelajar dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dengan mengajar para pelajar tersebut melalui kaedah penggunaan video. Para pelajar dilatih untuk menyebut perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang dipaparkan di dalam video dan diuji prestasi mereka semua melalui peratusan sebutan yang diskor oleh para pelajar.

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  12 Julai 2018 (Khamis)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00  Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  11 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan aplikasi dashboard komuniti kepada para penduduk berhampiran Pusat Internet. Selain itu, memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk mengaplikasikan dashboard komuniti sebagai medium penyampaian maklumat kepada penduduk-penduduk sekitar berhampiran. 

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi taklimat penerangan berkenaan aplikasi dashboard komuniti kepada penduduk-penduduk berhampiran.Selain itu, petugas memberi tunjuk ajar dan panduan kepada para pengguna untuk menggunakan aplikasi dashboard ini serta cara untuk menghantar maklumat yang dikehendaki.

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  29 Jun 2018 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00  Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  15 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan kepada para pelajar tentang soal jawab berdasarkan soalan-soalan yang telah diberikan oleh petugas. Selain itu, memberi latihan kepada para pelajar dalam teknik kecekapan menjawab soalan dan tahap penguasaan ilmu para pelajar.

Aktiviti :

Para pelajar diberi sedikit taklimat ringkas oleh petugas Pusat Internet tentang kuiz tersebut sebelum menjawab soalan. Para pelajar diberi beberapa soalan pengetahuan berkaitan dengan soalan puasa dan raya untuk dijawab. Para pelajar bersaing antara satu sama lain untuk mendapat markah yang paling tinggi dan gelaran juara. 

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  06 Julai 2018 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00  Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  7 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi menigkatkan lagi tahap kemahiran para pelajar dalam teknik menggunakan formula matematik dan kecekapan dalam pengiraan. Selain itu, dapat meningkatkan lagi pertambahan markah para pelajar dalam peperiksaan matematik.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan oleh petugas Pusat Internet tentang formula matematik dan beberapa teknik untuk skor pemarkahan di dalam peperiksaan. Para pelajar diberikan latihan berkenaan soalan-soalan matematik berdasarkan tajuk-tajuk yang diberikan oleh petugas Pusat Internet.

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  24 Jun 2018 (Ahad)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tghari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan tentang elemen-elemen utama yang ada pada konsep multimedia. Selain itu, para pelajar dapat mengetahui akan kepentingan terhadapt konsep multimedia. Tambahan pula, dapat meningkatkan mutu hasil kerja para pelajar yang lebih baik.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan ringkas oleh petugas Pusat Internet tentang pengenalan multimedia. Selain itu, para pelajar diberi tugasan untuk menyenaraikan elemen-elemen utama yang terdapat di dalam multimedia. Para pelajar diminta untuk menerangkan kesemua elemen-elemen utama yang digunakan dalam konsep multimedia.

Lampiran Gambar Aktiviti