|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi perkongsian ilmu dalam penggunaan Microsoft Office Power Point dalam kalangan pengguna terutamanya pelajar-pelajar sekolah. Selain itu, memberi pengetahuan kepada mereka dalam melaksanakan pembentangan yang terbaik dan berkualiti semasa penggunaan perisian tersebut. Di samping itu, melatih para pengguna dalam kreativiti dalam penyampaian idea semasa sesi pembentangan.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet membantu pelajar tersebut tentang cara-cara untuk memasukkan latar belakang di dalam pembentangan tersebut agar kelihatan cantik dan kemas. Selain itu, petugas memberi pendapat terhadap pembentangan tersebut agar tidak terlalu padat dengan kandungan isi yang dimasukkan di dalam tugasan tersebut.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pengetahuan tentang pencarian maklumat yang dikehendaki dengan lebih cepat dan tepat. Selain itu, membantu pelajar dalam mencari maklumat melalui sumber-sumber rujukan yang betul dan boleh dipercayai. Pelajar juga dapat mengetahui cara untuk memindahkan gambar dan dokumen ke dalam Microsoft Word.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet membantu pelajar tersebut dalam mencari maklumat yang diperlukan melalui sumber-sumber rujukan yang betul dan tepat. Selain itu, petugas membantu dan mengajar pelajar tentang cara-cara untuk memindahkan maklumat daripada internet ke dalam Microsoft Word. Pelajar tersebut juga diajar tentang cara-cara memuat turun gambar dengan betul dan memasukkan gambar tersebut ke dalam Microsoft Word.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada para pelajar tentang penggunaan perisian 'power point'. Selain itu, memberi latihan kepada para pelajar dalam kemahiran komunikasi untuk pembentangan tugasan.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan dan latihan praktikal kepada para pelajar tentang cara-cara penggunaan 'power point'. Para pelajar diberi tugasan dan perlu melakukan pembentangan secara individu berdasarkan tajuk yang diberi oleh petugas.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi semangat kemerdekaan kepada golognan-golongan remaja terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk menguji idea dan kecekapan para peserta dalam aktiviti tersebut. Selain itu, memupuk semangat patriotisme dalam kalangan para peserta sepanjang aktiviti dijalankan.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan ringkas tentang jadual perjalanan aktiviti program tersebut kepada para pelajar. Para pelajar diberi beberapa tugasan dalam setiap aktiviti tersebut dan setiap peserta yang kalah akan dikenakan denda atau cabaran yang diberikan oleh petugas Pusat Internet. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah untuk menguji tahap kepantasan dan pemberian idea dalam menyelesaikan tugasan. Para peserta juga saling bekerjasama dalam kumpulan dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya dalam tugasan perbincangan.
|
Tujuan :
Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk membantu para peserta dalam penggunaan komputer terutamanya dalam latihan menaip. Para peserta diuji untuk melihat sejauh mana tahap kepantasan mereka dalam menaip. Tambahan pula, membantu para peserta untuk membiasakan jari mereka dalam menaip.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan ringkas berkenaan pertandingan menaip terpantas. Para peserta diberi masa yang telah ditetapkan untuk menaip sepanjang pertandingan tersebut dijalankan. Para peserta yang paling banyak menaip dengan betul dan mempunyai markah yang paling tinggi adalah dikira sebagai pemenang.