Tarikh      :  21 Januari 2018 (Ahad)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Kelas advokasi ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai ketagihan bermain permainan 'online' terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Bermain permainan 'online' juga mempunyai kebaikan dan keburukannya jika tidak dikawal dengan baik semasa bermain permainan 'online' tersebut.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dilakukan adalah penerangan modul permainan 'online' kepada para pelajar mengenai kebaikan dan keburukan permainan 'online'. Selain itu, para pelajar diajar mengenai pengurusan masa yang betul dalam kehidupan seharian agar tidak membazirkan masa dengan bermain permainan komputer sahaja.

Lampiran Gambar Aktiviti :

 


Tarikh      :  20 Januari 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  11 Orang


Tujuan :

Kelas latihan ICT dijalankan adalah bertujuan untuk mengajar dan melatih para pelajar di dalam asas menaip. Para pelajar diajar teknik-teknik yang betul untuk menggunakan jari di papan kekunci. Selain itu, para pelajar diajar tentang kedudukan yang betul semasa menggunakan komputer. Para pelajar dilatih supaya menaip dengan lebih pantas dan teratur dalam asas menaip. 

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dilakukan dalam latihan asas menaip adalah petugas PI1M memberi penerangan mengenai modul asas menaip. Para pelajar juga dilatih teknik-teknik kedudukan jari yang betul pada papan kekunci. Selain itu, posisi kedudukan jarak antara pengguna komputer dengan komputer yang sepatutnya.

Lampiran Gambar Aktiviti :

 


Tarikh      :  12 Januari 2018 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  9 Orang

Tujuan :

Kelas advokasi ini adalah bertujuan memberi pengetahuan mengenai program terbaru yang dijalankan oleh pihak SKMM iaitu 'Mobile E-Waste' dan 'Check Your Label'. Kelas ini dijalankan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan kitar semula telefon bimbit lama dan kepentingan membeli barang elektronik yang berlabel yang disahkan oleh SKMM.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan semasa kelas berlangsung adalah pengenalan modul 'Mobile E-Waste' dan 'Check Your Label' kepada para pelajar sebagai pengguna telefon pintar. Selain itu, aktiviti penghantaran telefon bimbit yang telah rosak ke PI1M sebelum proses pelupusan dilakukan oleh pihak terlibat. Melalui pelaksanaan program tersebut dapat meningkatkan kesedaran bahawa pentingnya pengitaran semula barang elektronik lama dan rosak terhadap alam sekitar serta membeli barang elektronik yang mempunyai label SKMM.

Lampiran Gambar Aktiviti :


Tarikh      :  20 Januari 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Kelas ini dijalankan untuk mempertingkatkan pengetahuan para pelajar berkenaan konsep media sosial  dimana pelajar memahami definisi multimedia sebagai sumber interaksi dan perhubungan manusia dalam media sosial seperti facebook, dan instagram.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dilakukan dalam kelas tersebut adalah para pelajar diberi penerangan mengenai konsep asas yang terdapat dalam multimedia. Para pelajar diajar mengenai langkah-langkah keselamatan dalam tetapan media sosial. Dengan ini, para pelajar dapat meningkatkan lagi tahap keselamatan akaun media sosial mereka daripada diancam oleh orang yang tidak dikenali.

Lampiran Gambar Aktiviti :


Tarikh      :  10 Januari 2018 (Rabu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  8 Orang

Tujuan :

Kelas 'english central' ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu para pelajar dalam belajar bahasa inggeris. Modul pembelajaran tersebut adalah dalam bentuk pembelajaran secara video interaktif supaya pelajar lebih faham. Modul tersebut membantu dari segi sebutan, ejaan dan penulisan. Melalui pembelajaran tersebut, para pelajar boleh mengetahui sejauh mana tahap penguasaan mereka di dalam bahasa inggeris.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan adalah para pelajar diajar melalui modul-modul yang disediakan oleh petugas PI1M. Setiap modul yang dipilih adalah mengikut tahap yang tertentu yang bermula dari aras rendah, normal dan tinggi. Para pelajar dilatih untuk menyebut perkataan tersebut berdasarkan paparan video yang ditayangkan di dalam kelas.Setelah itu, bilangan peratus akan dikira untuk menentukan pemahaman yang didapati oleh para pelajar.

Lampiran Gambar Aktiviti :