Tarikh      :  27 Mei 2018 (Ahad)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tghari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  3 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang pentingnya menjaga keselamatan terhadap penggunaan internet terutamanya di laman sosial. Para peserta diberi penerangan tentang cara-cara untuk menggunakan internet dengan betul. Selain itu, para peserta diajar untuk meningkatkan privasi dan keselamatan di akaun laman sosial masing-masing supaya tidak digodam oleh pengguna yang tidak dikenali.

Aktiviti :

Para peserta diajar tentang langkah-langkah keselamatan dalam penggunaan laman sosial. Para peserta dibantu oleh petugas untuk mempertingkatkan lagi privasi akaun laman sosial masing-masing. Para peserta diberi penerangan tentang kesan buruk yang akan berlaku jika menggunakan internet dengan tidak betul terutamanya laman sosial.

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  26 Mei 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  5 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu dan meningkatkan kemahiran kepada pelajar-pelajar upsr dalam teknik menjawab soalan sebelum menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Selain itu, memberi kebiasaan kepada para pelajar dengan latih tubi soalan-soalan ramalan peperiksaan.

Aktiviti :

Para pelajar diberi latihan matematik dengan menjawab soalan-soalan ramalan peperiksaan dan set-set soalan peperiksaan yang lalu. Para pelajar juga diajar tentang cara ringkas dalam pengiraan dengan mengikut formula matematik yang telah diberi. Para pelajar diuji menjawab soalan yang diberikan oleh petugas untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan mereka semua. 

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  21 Mei 2018 (Isnin)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 12.00 Tghari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  2 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi latihan kepada para usahawan dalam meningkatkan promosi dan pendapatkan jualan mereka daripada sebelum ini. Selain itu, para usahawan diajar tentang teknik-teknik untuk menarik para pelanggan untuk mendekati produk jualan mereka. 

Aktiviti :

Para usahawan telah diberi penerangan mengenai aplikasi dashboard iaitu modul Myshop dimana aplikasi ini digunakan untuk mempromosikan produk jualan mereka kepada orang luar. Selain itu, usahawan telah diajar untuk membuat facebook dan blog bagi mempromosikan produk jualan mereka. 

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  26 Mei 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 12.00 Tghari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan kepada para pelajar tentang jenis-jenis perisian yang sering digunakan pada komputer. Selain itu, memberikan kemahiran kepada para pelajar untuk menggunakan perisian komputer tersebut sebagai latihan asas supaya dapat digunakan pada masa akan datang.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan tentang pengenalan perisian dan jenis-jenis perisian oleh petugas PI1M. Para pelajar diberi pengetahuan tentang perisian - perisian asas yang sering digunakan di dalam  komputer. Selain itu, para pelajar telah diberi pop kuiz untuk menguji tahap pemahaman mereka semua mengenai modul yang telah dipelajari di dalam kelas.

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  20 Mei 2018 (Ahad)

Masa       :  Jam 3.00 Petang- 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  5 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi tips dan latihan berkenaan mata pelajaran Bahasa Inggeris. Para pelajar diajar tentang teknik-teknik untuk menjawab soalan peperiksaan dengan lebih baik. 

Aktiviti :

Para pelajar telah diberi modul latihan yang bermula daripada aras rendah sehingga ke aras tinggi. Para pelajar diberi latihan berdasarkan format kertas peperiksaan Bahasa Inggeris yang terkini.

Lampiran Gambar Aktiviti