|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi latihan kepada Encik Basri dalam penggunaan komputer, terutamanya dalam perisian 'Microsoft Word'. Beliau dapat mempraktikkan diri untuk membuat resume dengan cara menaip menggunakan komputer. Selain itu, beliau dapat mengetahui akan maklumat-maklumat yang dikehendaki untuk menghasilkan resume.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi tunjuk ajar kepada Encik Basri tentang 'Microsoft Word'. Beliau juga diajar untuk menggunakan enjin pencarian melalui 'google' untuk mencari contoh-contoh resume yang sedia ada sebagai rujukan untuk memudahkan lagi tugasan beliau.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi latihan kepada para pelajar dalam penggunaan komputer, terutamanya dalam perisian 'Microsoft Word'. Para pelajar dapat mempraktikkan diri untuk membuat surat rasmi dengan cara menaip menggunakan komputer. Selain itu, para pelajar dapat mengetahui akan format-format untuk menghasilkan surat rasmi.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi tunjuk ajar kepada para pelajar tentang 'Microsoft Word'. Para pelajar menggunakan enjin pencarian melalui 'google' untuk mencari format-format surat rasmi sebagai rujukan untuk memudahkan lagi tugasan mereka.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran komunikasi dan tahap penguasaan para pelajar di dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, dapat membantu meningkatkan lagi pemahaman para pelajar dalam ayat-ayat Bahasa Inggeris. Ini juga dapat melatih para pelajar membiasakan diri dengan bacaan-bacaan artike atau buku yang menggunakan Bahasa Inggeris.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet membantu para pelajar dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dengan mengajar para pelajar tersebut melalui kaedah penggunaan video. Para pelajar dilatih untuk menyebut perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang dipaparkan di dalam video dan diuji prestasi mereka semua melalui peratusan sebutan yang diskor oleh para pelajar.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi latihan kepada pelajar-pelajar UPSR tentang teknik-teknik untuk menghasilkan karangan ulasan yang terbaik. Selain itu, meningkatkan lagi kemahiran para pelajar dalam mengembangkan idea dalam soalan berbentuk karangan.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi soalan latihan kepada para pelajar untuk menguji sejauh mana tahap penguasaan mereka di dalam soalan karangan. Petugas juga memberi tunjuk ajar tentang cara-cara untuk menghasilkan rangka ulasan supaya mudah untuk para pelajar mengembangkan idea dan huraian semasa membuat karangan.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan aplikasi dashboard komuniti kepada para penduduk berhampiran Pusat Internet. Selain itu, memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk mengaplikasikan dashboard komuniti sebagai medium penyampaian maklumat kepada penduduk-penduduk sekitar berhampiran.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi taklimat penerangan berkenaan aplikasi dashboard komuniti kepada penduduk-penduduk berhampiran.Selain itu, petugas memberi tunjuk ajar dan panduan kepada para pengguna untuk menggunakan aplikasi dashboard ini serta cara untuk menghantar maklumat yang dikehendaki.