Tarikh      :  07 Jun 2018 (Khamis)

Masa       :  Jam 2.30 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  7 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu para pelajar dalam menjawab segala soalan penyelesaian masalah yang diberikan. Selain itu, para pelajar diajar tentang teknik pengiraan dan penggunaan formula matematik yang telah diberikan sebagai panduan para pelajar. Selain itu, memberi fokus para pelajar untuk membuat analisis bagi soalan-soalan yang sering keluar pada peperiksaan.

Aktiviti :

Para pelajar diberi latih tubi berkaitan soalan-soalan peperiksaan matematik sebagai ulangkaji. Selain itu, para pelajar diberi soalan ujian oleh petugas Pusat Internet untuk menguji tahap pemahaman mereka dalam menjawab soalan matematik. 

Lampiran Gambar Aktiviti