|
Tujuan :
Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk membantu para peserta dalam penggunaan komputer dan internet. Selain itu, menguji kepantasan dan ketangkasan para peserta dalam menyusun semula puzzle yang diberikan supaya dapat menghasilkan gambar yang sebenar pada puzzle tersebut.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan ringkas berkenaan pertandingan puzzle tersebut dan memberi tunjuk ajar kepada semua peserta tentang cara-cara untuk bermain permainan tersebut. Para peserta diberi kelonggaran untuk menggunakan 'clue' supaya memudahkan para peserta untuk menyusun puzzle tersebut.
|
Tujuan :
Tujuan kelas usahawan ini dijalankan adalah untuk memberi perkhidmatan dan latihan keusahawan kepada para usahawan. Para usahawan diberi latihan tentang cara untuk menambahkan pendapatan perniagaan mereka. Tambahan pula, mereka diajar tentang cara merekabentuk poster promosi produk dan cara untuk memuatnaik produk di media sosial.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet telah menjemput seorang usahawan untuk memberi ceramah tentang menjana pendapatan dalam kalangan usahawan dan kesihatan diri dalam pemakanan. Selain itu, penceramah menunjukkan video berkenaan tips penjagaan kesihatan diri.
|
Tujuan :
Tujuan kelas dashboard myhealth ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan dan pendedahan tentang perkhidmatan yang ada disediakan di Pusat Internet Taman Bukit Inai selain daripada perkhidmatan komputer dan internet kepada komuniti. Para pengguna dashboard boleh membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma di Pusat Internet untuk memeriksa tekanan darah dan disimpan di dalam satu rekod pengguna sendiri.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan mengenai modul dashboard myhealth kepada para pengunjung yang hadir ke program tersebut. Para pengunjung membuat pemeriksaan kesihatan iaitu tekanan darah dan disimpan sebagai rekod kesihatan mereka secara digital. Di samping itu, para pengunjung boleh mengetahui tahap kesihatan mereka dari semasa ke semasa.
|
Tujuan :
Tujuan permainan kahoot ini dijalankan adalah untuk menguji tahap pemahaman dan kepantasan para peserta tentang pembelajaran di dalam kelas dashboard yang telah disampaikan oleh petugas Pusat Internet semasa sesi taklimat. Selain itu, untuk melihat sejauh mana kepantasan para peserta dalam menjawab soalan tersebut.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan tentang cara untuk menjawab soalan dalam permainan ini kepada para peserta. Para peserta di benarkan bermain menggunakan komputer atau telefon pintar mereka sendiri untuk menjawab soalan tersebut. Para peserta diberi soalan-soalan objektif yang berkaitan dashboard komuniti.
|
Tujuan :
Tujuan kelas mobile e-waste ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada semua pengguna terhadap bahayanya peranti mudah alih yang telah lama tidak digunakan dan telah rosak terhadap alam sekitar dan diri sendiri. Selain itu, mengerahkan para pengguna supaya mengitar semula peranti-peranti yang tidak digunakan lagi untuk mengelakkan daripada berlakunya pencemaran pada alam sekitar.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan ringkas kepada para peserta berkenaan pengenalan mobile e-waste. Selain itu, para peserta diberikan langkah-langkah untuk mengitar semula segala peranti yang tidak digunakan lagi dan telah rosak. Tambahan pula, peserta diberi penerangan berkenaan kesan dan akibat terhadap alam sekitar sekiranya membiarkan peranti-peranti lama dan tidak diuruskan dengan betul.