Tarikh      :  19 Mei 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang- 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  6 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi tips dan latihan berkenaan mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, para pelajar diajar tentang teknik-teknik untuk menjawab soalan peperiksaan dengan lebih baik. 

Aktiviti :

Para pelajar telah diberi ujian Bahasa Melayu untuk dijawab oleh mereka semua. Ujian ini dilaksanakan adalah untuk melihat sejauh mana tahap pengetahuan dan prestasi mereka semua untuk mendapat keputusan yang lebih baik dan cemerlang.

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  19 Mei 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 12.00 Tghari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi latihan kepada para pelajar dalam menjana idea dan kreativiti mereka dalam mereka bentuk sesuatu yang mereka inginkan. 

Aktiviti :

Para pelajar diajar menggunakan aplikasi 'postermywall' yang terdapat secara atas talian (online). Para pelajar telah diberikan satu tugasan oleh petugas PI1M untuk mereka bentuk sebuah poster yang bertemakan Ramadhan. Para pelajar diberi penerangan aplikasi tersebut terlebih dahulu sebelum melaksanakan tugasan yang telah diberi. Setiap poster akan dinilai oleh petugas PI1M dengan mengikut tahap kreativiti mereka semua.

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  22 April 2018 (Ahad)

Masa       :  Jam 2.30 Petang- 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang perisian dan langkah-langkah mudah untuk membuat suntingan video melalui perisian 'filmora'. Selain itu, dapat melatih para pelajar dalam menghasilkan kualiti video yang terbaik dan disukai oleh penonton.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan ringkas oleh petugas PI1M berkenaan perisian 'filmora' dan cara-cara untuk menggunakannya dalam suntingan video. Para pelajar diberi tugasan untuk membuat sebuah teaser daripada sebuah filem yang akan ditayangkan di panggung wayang tidak lama lagi. Setiap tugasan dinilai dengan mengikut tahap kreativiti dan penyampaian konsep idea daripada mereka.

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  18 Mei 2018 (Jumaat)

Masa       :  Jam 2.30 Petang- 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi latihan kepada para pelajar dalam mempertingkatkan lagi tahap penguasaan penggunaan Bahasa Inggeris terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Kelas ini juga membantu dalam mempertingkatkan lagi pertuturan komunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Aktiviti :

Para pelajar diajar menggunakan modul yang telah dibekalkan oleh petugas PI1M secara atas talian. Para pelajar diajar untuk melatih diri dalam pertuturan dalam Bahasa Inggeris seperti sebutan dan ejaan. Para pelajar juga diberi peluang untuk bermain permainan yang berbentuk ilmiah seperti susun ayat Bahasa Inggeris dan kepada pelajar yang memperolehi skor yang tinggi akan dikira sebagai pemenang.

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  21 April 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 12.00 Tghari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pengenalan berkenan sistem operasi yang dijalankan oleh komputer. Selain itu, para pelajar diberi pendedahan tentang komponen-komponen penting dan terlibat dalam sistem pengoperasian bagi sesebuah komputer.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan oleh petugas PI1M berkenaan sistem pengoperasian dalam sesebuah komputer. Para pelajar juga diberi pengenalan berkenaan komponen-komponen utama yang terdapat dalam komputer dan fungsi-fungsi komponen tersebut terhadap sistem pemprosesan komputer.

Lampiran Gambar Aktiviti