Tarikh      :  27 Mei 2018 (Ahad)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  7 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam teknik menjawab soalan peperiksaan sains. Selain itu, memberi pendedahan kepada para pelajar tentang format sebenar peperiksaan dan teknik untuk mendapatkan skor pemarkahan yang baik dalam peperiksaan. Tambahan pula, membantu para pelajar mengulangkaji pelajaran dan perbincangan secara berkumpulan.

Aktiviti :

Para pelajar diberi latih tubi daripada petugas Pusat Internet sebagai latihan ulangkaji sebelum menduduki peperiksaan. Para pelajar juga diuji untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan dan pencapaian mereka dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu, para pelajar juga dibekalkan nota sebagai rujukan mereka.

Lampiran Gambar Aktiviti