|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk melatih para pelajar dalam pembinaan ayat dan menjadikan dalam sebuah penceritaan yang lengkap dan lebih baik serta menarik. Selain itu, mempraktiskan para pelajar dalam penggunaan perkataan dalam Bahasa Inggeris supaya lebih cepat memahami dan mengetahui maksud perkataan tersebut.
Aktiviti :
Para pelajar diberi beberapa latihan pembinaan ayat ringkas sebagai latihan asas pembinaan ayat dalam Bahasa Inggeris. Para pelajar juga dilatih untuk memahami maksud setiap perkataan dlam ayat tersebut melalui kamus dan penterjemahan secara 'online'. Para pelajar juga diajar tentang teknik untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik dan menarik oelh petugas Pusat Internet.