Tarikh      :  06 Julai 2018 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00  Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  7 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi menigkatkan lagi tahap kemahiran para pelajar dalam teknik menggunakan formula matematik dan kecekapan dalam pengiraan. Selain itu, dapat meningkatkan lagi pertambahan markah para pelajar dalam peperiksaan matematik.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan oleh petugas Pusat Internet tentang formula matematik dan beberapa teknik untuk skor pemarkahan di dalam peperiksaan. Para pelajar diberikan latihan berkenaan soalan-soalan matematik berdasarkan tajuk-tajuk yang diberikan oleh petugas Pusat Internet.

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  29 Jun 2018 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00  Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  15 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan kepada para pelajar tentang soal jawab berdasarkan soalan-soalan yang telah diberikan oleh petugas. Selain itu, memberi latihan kepada para pelajar dalam teknik kecekapan menjawab soalan dan tahap penguasaan ilmu para pelajar.

Aktiviti :

Para pelajar diberi sedikit taklimat ringkas oleh petugas Pusat Internet tentang kuiz tersebut sebelum menjawab soalan. Para pelajar diberi beberapa soalan pengetahuan berkaitan dengan soalan puasa dan raya untuk dijawab. Para pelajar bersaing antara satu sama lain untuk mendapat markah yang paling tinggi dan gelaran juara. 

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  23 Jun 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tghari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan kepada para pelajar tentang konsep-konsep sistem komputer. Para pelajar dapat mengetahui jenis-jenis sistem yang ada pada komputer. Selain itu, para pelajar dapat mengenali dengan lebih mendalam mengenai bahagian-bahagian komponen yang terdapat pada komputer. 

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan ringkas oleh petugas Pusat Internet tentang pengenalan konsep komponen komputer. Selain itu, para pelajar diminta oleh petugas untuk mencari sedikit maklumat dan gambaran perkakasan-perkakasan yang terdapat pada komputer. Para pelajar juga diberi beberapa soalan untuk menguji tahap pemahaman mereka tentang topik tersebut.

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  24 Jun 2018 (Ahad)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tghari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan tentang elemen-elemen utama yang ada pada konsep multimedia. Selain itu, para pelajar dapat mengetahui akan kepentingan terhadapt konsep multimedia. Tambahan pula, dapat meningkatkan mutu hasil kerja para pelajar yang lebih baik.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan ringkas oleh petugas Pusat Internet tentang pengenalan multimedia. Selain itu, para pelajar diberi tugasan untuk menyenaraikan elemen-elemen utama yang terdapat di dalam multimedia. Para pelajar diminta untuk menerangkan kesemua elemen-elemen utama yang digunakan dalam konsep multimedia.

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  22 Jun 2018 (Jumaat)

Masa       :  Jam 2.30 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kesan dan akibat sekiranya terlbat dengan permasalahan buli siber. Selain itu, para pelajar diajar tentang teknik-teknik untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan buli siber.

Aktiviti :

Para pelajar telah diberi penerangan tentang buli siber oleh petugas Pusat Internet semasa slot Klik Dengan Bijak (KDB). Para pelajar diajar tentang penggunaan internet dengan betul dan berhemah. Petugas Pusat Internet juga memaklumkan tentang kesan dan akibat jika terlibat dengan permasalahan tersebut. Para pelajar juga diajar tentang tindakan-tindakan yang harus diambil sekiranya terlibat dengan buli siber.

Lampiran Gambar Aktiviti