|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan kepada para pelajar tentang jenis-jenis perisian yang sering digunakan pada komputer. Selain itu, memberikan kemahiran kepada para pelajar untuk menggunakan perisian komputer tersebut sebagai latihan asas supaya dapat digunakan pada masa akan datang.
Aktiviti :
Para pelajar diberi penerangan tentang pengenalan perisian dan jenis-jenis perisian oleh petugas PI1M. Para pelajar diberi pengetahuan tentang perisian - perisian asas yang sering digunakan di dalam komputer. Selain itu, para pelajar telah diberi pop kuiz untuk menguji tahap pemahaman mereka semua mengenai modul yang telah dipelajari di dalam kelas.