Tarikh      :  24 Februari 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang- 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  8 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk melatih para pelajar untuk menjana idea dan kreativiti dalam mereka bentuk poster dengan menggunakan perisian online. Selain itu, memberi kemudahan kepada para pelajar supaya mudah untuk membuat poster dengan menggunakan perisian 'postermywall'

Aktiviti :

Para peserta diberi penerangan mengenai cara-cara menggunakan perisian 'postermywall'. Para pelajar diajar secara satu per satu untuk menggunakan 'tools' yang disediakan oleh perisian tersebut. Para pelajar juga dilatih untuk mereka bentuk poster yang cantik, menarik dan kreatif. Para pelajar diberi tugasan untuk mereka bentuk sebuah poster yang bertemakan makanan.

Lampiran Gambar Aktiviti :


Tarikh      :  24 Februari 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 9.00 Pagi- 2.00 Petang

Lokasi     :  Kompleks Sukan dan Rekreasi Seremban

Peserta   :  500 Orang


Tujuan :

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi makluman kepada para pengunjung berkenaan portal Sebenarnya.my yang telah dilancarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Portal Sebenarnya.my ini juga menjadi sebagai panduan kepada semua masyarakat agar mengesahkan kesasihan sesuatu maklumat terlebih dahulu sebelum berkongsi maklumat di media sosial seperti facebook dan instagram.

Aktiviti :

Pihak SKMM memberi taklimat kepada para pengunjung yang hadir ke program tersebut mengenai portal Sebenarnya.my. Pihak SKMM memberi pendedahan dan informasi berkaitan kandungan-kandungan yang ada di dalam portal tersebut. Pihak SKMM juga menyeru kepada semua pengguna-pengguna media sosial supaya memastikan setiap maklumat yang ingin dikongsikan haruslah disahtentukan kesahihannya. Selain itu juga, terdapat pameran yang 

Lampiran Gambar Aktiviti :


Tarikh      :  11 Februari 2018 (Ahad)

Masa       :  Jam 12.00 Tengahari - 1.00 Tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  30 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi makluman kepada komuniti tentang perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia seperti kemudahan wifi dan komputer. Selain itu, kelas latihan ICT juga turut dijalankan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada komuniti tentang ilmu ICT.

Aktiviti :

Para peserta diberi penerangan mengenai kemudahan-kemudahan yang telah disediakan di PI1M untuk komuniti. Selain itu juga, komuniti tersebut diberi taklimat mengenai aplikasi terbaru iaitu dashboard komuniti, dimana aplikasi baru ini menghubungkan komuniti dengan beberapa agensi yang lain seperti JKKK, KOSPEN, Majlis Perbandaran dan sebagainya.

Lampiran Gambar Aktiviti :


Tarikh      :  18 Februari 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang- 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberitahu bahawa kesahihan dan pengesahan sesebuah identiti adalah amat penting bagi sesebuah komputer. Selain itu, membantu para pelajar agar sintiasa melindungi segala maklumat peribadi daripada dicerobohi oleh orang yang tidak dikenali. Para pelajar dinasihatkan supaya memasang kata laluan bagi semua akaun dan barang peribadi seperti telefon pintar, komputer peribadi, kad bank dan sebagainya.

Aktiviti :

Para peserta diberi penerangan mengenai langkah-langkah keselamatan dalam penjagaan dan menentu sahkan maklumat peribadi daripada orang yang tidak dikenali. Selain itu, petugas PI1M mengajar tentang cara-cara untuk memasang kata laluan yang lebih selamat dan tidak dapat dicerobohi oleh mana-mana pihak yang tidak dikenali.

Lampiran Gambar Aktiviti :


Tarikh      :  27 Januari 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  12 Orang


Tujuan :

Kelas ini melibatkan daripada kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah yang terdiri dalam lingkungan umur 11 tahun sehingga 15 tahun. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan kepada para pelajar untuk mengenali komponen=komponen komputer dan pemprosesan operasi sistem yang sering dijalankan di dalam komputer.


Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan tentang modul input, proses dan output yang terlibat dalam sistem pemprosesan komputer. Pelajar juga dapat mengenali tentang storan sumber pertama (primer) dan sumber kedua (sekunder) bagi komputer.

Lampiran Gambar Aktiviti :