KOPI HIJAU ALANA

Nama : Puan Lijah Bt Ahmad

Umur : 49 tahun

Ahli   :  November 2016


Latar Belakang :

Puan Lijah merupakan seorang usahawan produk kesihatan dan merupakan agen kepada produk minuman kesihatan iaitu Kopi Hijau Alana. Puan Lijah merupakan surirumah sepenuh masa sambil mengambil upah dalam mengasuh budak-budak.

Bagi menambahkan pendapatan keluarganya beliau berjinak dalam dunia perniagaan dengan menjual Kopi Hijau Alana. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini selama 1 tahun dan rata-rata pelanggannya pada penduduk setempat. Oleh itu, beliau telah mencari kaedah lain bagi meningkatkan permintaan produk beliau dan mengikuti pelbagai kelas latihan ICT dan satu program keusahawanan yang dianjurkan oleh petugas PI Taman Bukit Inai, Negeri Sembilan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI:

Pn. Lijah merupakan seorang ibu kepada 5 orang anak dan suri rumah dalam masa yang sama membantu suaminya dalam menguruskan perniagaan bersama suaminya. Ketika suaminya sibuk dalam menguruskan kendalian lori, Pn. Lijah pula membantu dari segi mencari pelanggan dan membuat jadual pengurusan bagi perniagaannya. Beliau turut membuat promosi secara dalam talian seperti laman web Mudah.my atau menampal notis-notis di sekitar kawasan tempat tinggalnya. Kebanyakkan pelanggannya adalah sekitar Negeri Sembilan sahaja. Pendapatan beliau juga tidak begitu memuaskan iaitu sekitar RM 1,000 – RM 2,000 dan bergantung kepada keadaan ekonomi semasa serta tempahan lori sewa. Tahap penggunaan ICT beliau tahap asas sahaja dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI1M bagi memajukan lagi perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Lijah memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di laman sosial seperti Facebook dan mempromosikan produk kepada rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk memulakan perniagaan ini. Tambahan lagi, lambakan produk kesihatan di luar sana membuatkan beliau terasa persaingan yang tinggi. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap asas ICT dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut bengkel keusahawanan yang dikendalikan oleh pelatih dari MDeC iaitu Encik Wan Luqman Hakim bagi memajukan lagi perniagaan beliau serta turut mengikuti pelbagai kelas latihan ICT di PI Taman Bukit Inai.

Lampiran Gambar :