PERKHIDMATAN RUNCIT

Nama : Syed Haja Alavudeen Khaleefullah

Umur : 38 tahun

Ahli   :  Mac 2018


Latar Belakang :

En. Syed seorang usahawan kedai runcit di kawasan Taman Bukit Inai, Negeri Sembilan. Beliau telah usahakan perniagaan ini selama 3 tahun dan kedai runcit beliau menjadi tumpuan penduduk di sekitar kawasan Taman Bukit Inai. Beliau mengusahakan perniagaan ini bersama isteri beliau. Walaupun kedai beliau menjadi tumpuan penduduk sekitar namun beliau menghadapai masalah dalam persaingan dengan kedai-kedai runcit yang lain serta pasar raya besar seperti Giant dan  Tesco yang jaraknya lebih kurang 10 kilometer dari kedai runcitnya. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi pendapatan supaya dapat menarik lagi pelanggan beliau dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En. Syed membuat promosi perniagaannya secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan dan beliau masih mempunyai masa yang terbatas antara menguruskan kedai dengan keluarga lagi. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap asas dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Kadar jualan pada setiap setiap hari dalam lingkugan RM300.00 dan tidak memuaskan bagi beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut latihan keusahawanan yang dikendalikan oleh pengurus dan penolong pengurus di PI Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Beliau merupakan seorang pengguna kemudahan PI yang sangat baik dan sering meminta bantuan dalam diberikan tunjuk ajar dalam bidang ICT.  Pada peringkat awalnya beliau sedang mengenal komponen-komponen komputer agar beliau mudah mahir dalam penggunaanya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En. Syed sangat berpuas hati dengan kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk perniagaannya di dalam laman web terutamanya di Facebook.com bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai mahupun dari luar. Antara kelas yang diikuti oleh beliau seperti kelas pembinaan emel dan latihan keushawanan PI Taman Bukit Inai. Kelas-kelas yang disertai sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pemasaran perniagaannya. Dengan wujudnya pengiklanan yang berkesan pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai perniagaannya. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan kepada RM600.00 beliau serta jumlah pelanggan juga semakin hari semakin bertambah dari masa ke semasa.
 
Lampiran Gambar :