PERKHIDMATAN SEWA LORI

Nama : Puan Syariah Bt Kamaruzaman

Umur : 42 tahun

Ahli   :  September 2017


Latar Belakang :

Pn. Syariah merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perkhidmatan sewaan lori di kawasan Nilai, Negeri Sembilan. Beliau telah mengusahakan perkhidmatan sewaan lori sudah hampir 12 tahun dan lokasi pernigaannya dibuat di tempat tinggalnya di Taman Bukit Inai. Perniagaan beliau telah didaftarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan menggunakan nama Warisan Faisya Enterprise. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh pihak syarikat beliau adalah menguruskan pindahan barang-barang rumah, pindah barangan pejabat, penghantaran barang dan lain-lain. Beliau yang mengusahakan bersama suami beliau turut dibantu ahli keluarga dan saudara-mara yang lain dan setakat ini telah mempunyai 3 buah lori dalam mengendalikan perniagaan ini. Pelanggan beliau terdiri daripada penduduk setempat dan terdapat juga pelanggan dari luar tempat menggunakan perkhidmatannya. Harga yang ditawarkan kepada pelanggan amatlah berpatutan dan mengikut jarak dan lokasi tempat pindahan barang ditetapkan serta beroperasi 24 jam setiap hari. Namun, beliau mempunyai sedikit masalah dalam mempromosikan perniagaan beliau dan kurang mendapat pelanggan kerana terdapat persaingan dengan syarikat-syarikat lebih besar dalam perkhidmatan pindah barang ini. Oleh itu, beliau mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan dan sumber pendapatan syarikatnya dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Pn. Syariah merupakan seorang ibu kepada 5 orang anak dan suri rumah dalam masa yang sama membantu suaminya dalam menguruskan perniagaan bersama suaminya. Ketika suaminya sibuk dalam menguruskan kendalian lori, Pn. Syariah pula membantu dari segi mencari pelanggan dan membuat jadual pengurusan bagi perniagaannya. Beliau turut membuat promosi secara dalam talian seperti laman web Mudah.my atau menampal notis-notis di sekitar kawasan tempat tinggalnya. Kebanyakkan pelanggannya adalah sekitar Negeri Sembilan sahaja. Pendapatan beliau juga tidak begitu memuaskan iaitu sekitar RM 1,000 – RM 2,000 dan bergantung kepada keadaan ekonomi semasa serta tempahan lori sewa. Tahap penggunaan ICT beliau tahap asas sahaja dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI1M bagi memajukan lagi perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perniagaannya terutamanya di Mudah.my. Beliau turut diajar mencipta laman perniagaan di Facebook.com dan membuat blog khas yang masih dalam pembikinan mengenai perniagaan beliau. Pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai perkhidmatan sewaan lori beliau melalui iklan yang dimuat naik oleh Pn.  Syariah di halaman Facebook/ Perkhidmatan lori sewa N9 beliau iaitu https://www.facebook.com/warisanfaisyaenterprise/. Sehingga ke hari ini, beliau telah berjaya meningkatkan pendapatan sewaan lori dan lebih menarik lagi beliau dapat mempelbagai perkhidmatan beliau serta dapat menarik pelanggan dari luar Negeri Sembilan.

Lampiran Gambar :