KEK, BROWNIES DAN BISKUT COKLAT

Nama : Siti Norain Binti Zawawy

Umur : 28 tahun

Ahli   :  November 2017


Latar Belakang :

Puan Norain merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan kek, brownies dan biskut secara kecilan sahaja. Puan Norain merupakan seorang yang mahir dalam pembuatan kek dan telah memulakan perniagaan kek sejak 2 tahun lalu dimana mengambil tempahan dari penduduk tempatan sahaja. Puan ini juga telah mengusahakan penjualannya di sekitar Nilai, Pajam, Mantin dan Sepang. Disebabkan hasil penjualan yang tidak memberangsangkan beliau cuba menjual produk makanannya dikawasan pasaraya namun tidak berjaya. Oleh hal demikian, beliau mengetahui cara berkesan dengan mengembangkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial. Beliau mencari alternatif dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Norain membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat, laman Facebook dan menggunakan laman web Mudah.my.  Kebanyakkan pelanggannya sekitar Nilai, Pajam, Mantin dan Sepang sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM300-RM500 dan bergantung kepada keuntungan yang diperolehi hasil daripada tempahan kek, brownies dan biskut yang berjaya beliau jual kepada pelanggan. Tahap penggunaan ICT beliau tahap sederhana dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI1M bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perniagaan kek, brownies dan biskut yang ingin dijual di dalam laman web terutamanya di Mudah.my, laman Facebook dan Instagram. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai pelbagai bentuk dan kreativiti Puan Norain dalam pembuatan kek, brownies dan biskut yang dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh beliau di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya meluaskan hasil jualan beliau di luar kawasan Negeri Sembilan seperti negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Dalam jangka panjang, beliau bercita-cita membuka sebuah kedai kek beliau sendiri bagi memudahkan pelanggan beliau mencari serta mencuba keunikkan hasil pembuatan kek, brownies dan biskut Puan Norain. Tambahan lagi, beliau dapat mempelajari pelbagai resepi kek lain dan cuba mempelajari perkara baru dengan membuat pelbagai kek yang menarik dengan penggunaan internet yang terdapat di Pusat Internet ini.

Lampiran Gambar :