TONE EXCEL DAN PAKAIAN TERPAKAI

Nama : Mohd Saidi Bin Ibrahim

Umur : 39 tahun

Ahli   :  September 2016


Latar Belakang :

En. Saidi seorang usahawan yang menjual kad prepaid prabayar dan di samping itu menjual pakaian terpakai di sekitar pasar malam Taman Semarak, Nilai. Beliau telah hampir 4 tahun menceburi bidang jualan langsung prepaid prabayar ini kepada penduduk setempat. Beliau sekarang ini bekerja sebagai supervisor di sebuah kilang swasta dan mempunyai seorang isteri dan 4 orang anaknya. Setiap hari, beliau berusaha lebih gigih bagi menjana pendapatan lebih demi keluarga beliau. Walaupun perniagaannya di buat secara sambilan namun membuat beliau rasa ingin tahu mengenai bab perniagaan dan keusahawanan menyebabkan beliau tekad berusaha demi keluarga. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi pendapatan supaya dapat menarik lagi pelanggan beliau dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En. Saidi membuat promosi perniagaannya secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan berniaga di pasar malam Taman Semarak pada setiap hari Selasa. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan dan beliau masih mempunyai masa yang terbatas antara kerja hakiki dengan keluarga lagi. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap sederhana mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut bengkel keusahawanan yang dikendalikan oleh pengurus dan penolong pengurus di PI Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Beliau merupakan seorang pengguna kemudahan PI yang sangat baik dan sering meminta bantuan dalam diberikan tunjuk ajar dalam bidang ICT lebih-lebih lagi dalam mengiklankan produk-produk yang diniagakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En. Saidi sangat berpuas hati dengan kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk perniagaannya di dalam laman web terutamanya di Facebook.com dan Mudah.my bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai mahupun dari luar. Antara kelas yang diikuti oleh beliau seperti kelas pembinaan emel, pembinaan blog perniagaan dan bengkel keushawanan PI Taman Bukit Inai. Kelas-kelas yang disertai sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pemasaran perniagaannya. Dengan wujudnya pengiklanan yang berkesan pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai produk perniagaannya dan tawaran istimewa menarik yang disediakan untuk pelanggan beliau.Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan beliau serta jumlah pelanggan yang mendapatkan kad prepaid prabayar dan hasil jualan pakaian terpakainya juga semakin hari semakin bertambah dari masa ke semasa. 

Lampiran Gambar :