PENGUSAHA RESTORAN DZAIRAQ

Nama : Puan Noor Aziera Bt Kamil

Umur : 29 tahun

Ahli   :  Mac 2018


Latar Belakang :

Puan Aziera binti Kamil merupakan pengusaha restoran Dzairaq di Taman Semarak 1, Nilai, Negeri Sembilan. Dzairaq restoran merupakan milik sepenuhnya oleh bumiputra yang telah dimulakan sejak 2013. Berbekalkan pengetahuan perniagaan perkhidmatan pada awal tahun 2013 sebuah perniagaan restoran telah ditubuhkan sehingga kini dan telah beroperasi selama 5 tahun.Selain itu, perkhidmatan penyediaan makanan dari segi tempahan dan penghantaran juga turut disediakan. Antaranya menu yang disediakan ialah masakan kampung, masakan panas ala-Thai juga turut disediakan serta menyediakan perkhidmatan penghantaran. Dzrairaq restoran juga ada menawarkan perkhidmatan pemasangan khemah dan pengangkutan bagi melengkapkan tujuan perniagaan yang ingin mencapai sasaran dan matlamat syarikat. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi pelanggan ke restoran beliau dan mempelbagaikan lagi menu makanan di kedai beliau. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Aziera membuat promosi kedainya secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan mengambil tempahan dari majlis-majlis penduduk setempat seperti kenduri kahwin, majlis perasmian dan kenduri kecil-kecilan. Pendapatan beliau dikatakan pada tahap sederhana dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai Dzrairaq restoran ini. Tahap penggunaan ICT beliau tahap asas sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan kedai beliau kepada penduduk luar. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Hasil pendapatan kedai beliau juga tidak begitu memuaskan hanya RM500.00 sehari.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan restoran Dzairaq di dalam laman web terutamanya di Facebook.com bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai mahupun dari luar. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai restoran terbabit serta menu-menu menarik yang disediakan untuk pelanggan beliau.Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan restoran beliau kepada RM1000.00 sehari serta pelanggan yang hadir semakin hari semakin bertambah dari masa ke semasa. Hasil transformasi yang dilakukan dalam pengurusan restoran terbabit membuatkan pelanggan restoran beliau berpuas hati dengan menu makanan, pesekitaran dan khidmat mesra pelanggan yang diberikan.

Lampiran Gambar :