PERISIAN DESIGN (ADOBE PHOTOSHOP) DAN SUNTINGAN VIDEO (FILMORA)

Nama : Muhammad Danish Bin Mohd Fadzli

Umur : 12 tahun

Ahli   :  Julai 2016


Latar Belakang :

Saya merupakan anak sulung dalam keluarga yang terdiri daripada empat orang adik-beradik. Saya juga merupakan seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Batang Benar (SKBB), Mantin yang kini sedang belajar di tahun 6. Saya juga akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya sering pergi ke perpustakaan sekolah untuk meminjam buku rujukan dan latihan di sana untuk membuat ulangkaji pelajaran. Namun semua pinjaman buku tersebut adalah terlalu terhad dan bergantung kepada kekosongan pinjaman sama ada ada atau tidak. Saya terpaksa berlumba-lumba dengan pelajar-pelajar lain untuk meminjam buku rujukan yang dikendaki di perpustakaan sekolah. Selain itu, tidak terdapat smeua jenis buku rujukan yang lengkap di perpustakaan tersebut dan ini akan menyukarkan saya dan pelajar-pelajar lain untuk membuat ulangkaji pelajaran. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya berasa gembira dan bersyukur kerana dapat mengetahui bahawa terdapatnya Pusat Internet di kawasan Taman Bukit Inai. Pusat Internet tersebut tidaklah terlalu jauh dari tempat tinggal saya dengan jarak kira-kira 100 meter sahaja. Pusat Internet adalah merupakan satu kemudahan kepada semua komuniti setempat terutamanya bagi para pelajar sekolah. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak Pusat Internet antaranya adalah perkhidmatan cetak, fotokopi, komputer dan internet. Selain itu, pihak Pusat Internet ada menyediakan kelas latihan ICT kepada semua peringkat daripada tabika sehinggalah warga emas. Saya sering mengikuti kelas latihan tersebut dengan mengikuti jadual yang telah disusun oleh pihak Pusat Internet. Saya berasa gembira kerana diberi peluang untuk meningkatkan pengetahuan diri dalam bidang komputer. Di samping itu juga, saya boleh mencari bahan-bahan rujukan di internet sebagai bahan tambahan ulangkaji saya. Saya juga boleh belajar sambil bermain iaitu ‘edutainment’ di dalam komputer supaya lebih faham. Saya juga sering melayari ‘youtube’ untuk mempelajari sesuatu pelajaran seperti tutorial dan sebagainya.

Lampiran Gambar