USAHAWAN MADU TUALANG

Nama  :  En. Faisal Bin Abd Rahim

Umur  :  41 Tahun

Ahli     :  Ogos 2016 

 

 Latar Belakang :

Encik Faisal merupakan seorang usahawan produk Madu Tualang di kawasan Mantin, Pajam dan sekitar kawasan Nilai. En. Faisal mengusahakan secara bersendirian dan rata-rata pelanggannya sekitar Negeri Sembilan sahaja. Oleh itu, beliau mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai. Produk madu ini dihasilkan daripada lebah madu gergasi yang membina sarang pada cabang lebih daripada 70m pokok tualang tinggi di Pahang, Malaysia. Madu Tualang mempunyai banyak khasiat iaitu anti-mikrob, anti-radang, antioksidan dan sifat-sifat antidiabetik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Encik Faisal membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan menggunakan laman web Mudah.my. Kebanyakkan pelanggannya sekitar Negeri Sembilan sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM1000-RM1500 dan bergantung kepada keuntungan yang diperolehi hasil daripada madu yang berjaya beliau jual kepada pelanggan. Tahap penggunaan ICT beliau sederhana mahir sahaja dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI bagi memajukan lagi perniagaan beliau.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan madu tualang yang ingin dijual di dalam laman web terutamanya di Mudah.my dan beliau mempunyai blog khas mengenai perniagaan madu beliau. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai khasiat madu beliau yang dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh Encik Faisal di dalam laman web mudah.my dan maklumat produk di blog khas beliau iaitu http://www.aisanahoney.com. Akhirnya, beliau berjaya menjual produk madu beliau di luar kawasan Negeri Sembilan seperti negeri Selangor, Pahang, Kuala Lumpur dan lebih menarik lagi beliau dapat memasarkan produk madu beliau di negara Jepun hasil kenalan beliau di sana.

Lampiran Gambar :

BELAJAR MENAIP, INTERNET DAN PERKAKASAN KOMPUTER

Nama     :  Mohamad Asyeed Saifullah Bin Mohd Fauzi
Umur     :  14 Tahun
Ahli        :  Julai 2016

 

Latar Belakang : 

Mohd Asyeed merupakan seorang pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said, Nilai. Beliau gemar akan menggunakan komputer setiap kali datang ke PI.  Beliau telah banyak menghadiri kelas latihan kelas ICT yang dikendalikan oleh pihak PI1M. Beliau juga telah menyertai pelbagai program dan pertandingan yang dijalankan di PI seperti kelas asas menaip, kelas penggunaan internet dan bengkel Klik Dengan Bijak (KDB).  

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Mohamad Asyeed Saifullah Bin Mohd Fauzi hanya mempelajari ICT di sekolah sahaja. Beliau hanya mempunyai kemahiran asas komputer sahaja seperti asas menaip dan melihat video di youtube sahaja.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Setelah mengikuti beberapa kelas latihan ICT di PI Taman Bukit Inai, saya telah mengetahui serba sedikit ilmu pengetahuan mengenai penggunaan komputer dan internet dengan cara yang betul. Selain itu, saya juga mengetahui setiap maksud, singkatan perkataan dan juga fungsi perkakasan-perkakasan komputer. Di dalam kelas pengenalan asas komputer juga, saya juga telah mempelajari jenis komputer dan kategori-kategori komputer. Setelah mengikuti beberapa kelas latihan ICT, saya mula meminati dan ingin mendalami lagi ilmu komputer.

Lampiran Gambar :