Tarikh      :  22 Jun 2018 (Jumaat)

Masa       :  Jam 2.30 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kesan dan akibat sekiranya terlbat dengan permasalahan buli siber. Selain itu, para pelajar diajar tentang teknik-teknik untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan buli siber.

Aktiviti :

Para pelajar telah diberi penerangan tentang buli siber oleh petugas Pusat Internet semasa slot Klik Dengan Bijak (KDB). Para pelajar diajar tentang penggunaan internet dengan betul dan berhemah. Petugas Pusat Internet juga memaklumkan tentang kesan dan akibat jika terlibat dengan permasalahan tersebut. Para pelajar juga diajar tentang tindakan-tindakan yang harus diambil sekiranya terlibat dengan buli siber.

Lampiran Gambar Aktiviti