Tarikh      :  30 September 2018 (Ahad)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 orang


Tujuan :

Pelaksanaan kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengguna-pengguna komputer supaya tidak ketagih dengan penggunaan internet. Selain itu, para pengguna dapat mengetahui peranan dan fungsi utama bagi penggunaan internet. Tambahan pula, dapat melatih para pengguna dalam menggunakan internet dengan cara yang betul.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan oleh petugas Pusat Internet di dalam kelas tersebut. Para pelajar diajar tentang konsep-konsep penggunaan komputer dengan betul. Selain itu, para pelajar di ajar tentang etika penggunaan komputer dan internet.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  29 September 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 orang


Tujuan :

Pelaksanaan kelas ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan ilmu dari aspek penggunaan internet terutamanya di media sosial. Pada zaman kecanggihan teknologi masa kini adalah semakin merbahaya khususnya dalam perkongsian dan penerimaan sumber berita atau maklumat melalui media sosial seperti facebook, instagram dan sebagainya. Kelas ini membantu para pelajar supaya mengesahkan terlebih dahulu sumber atau maklumat yang diterima oleh mereka sebelum membuat sebarang perkongsian maklumat.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan ringkas oleh petugas Pusat Internet di dalam kelas tersebut. Para pelajar diajar untuk menetapkan tetapan keselamatan di dalam akaun media sosial masing-masing supaya tidak dapat dicerobohi oleh pengguna-pengguna yang tidak dikenali.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  21 September 2018 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tghari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Usahawan Bantal Hotel (3 orang)


Tujuan :

Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk membantu para usahawan dalam mempromosikan produk jualan mereka di alam maya seperti facebook, instagram dan website. Para usahawan juga dapat mengembangkan lagi jualan produk mereka di khalayak orang ramai dan meningkatkan lagi pendapatan para usahawan.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet menerangkan fungsi dan peranan utama Pusat Internet kepada pengguna-pengguna setempat. Petugas Pusat Internet juga mengajar para usahawan untuk membangunkan emel sebagai medium perantaraan sebelum membangunkan laman sesawang (website). Para usahawan juga diajar tentang teknik mudah dalam membangunkan laman sesawang iaitu menggunakan wix.com.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  22 September 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  7 orang


Tujuan :

Pelaksanaan kelas ini adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para pelajar tentang teknik-teknik memindahkan maklumat daripada internet kepada Microsoft Word. Selain itu, melatih para pelajar dalam membuat tugasan pembentangan berdasarkan tajuk yang telah diberikan oleh petugas Pusat Internet. Para pelajar juga dapat mengasah kemahiran dalam penyampaian idea semasa membuat pembentangan tugasan.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan ringkas terlebih dahulu oleh petugas Pusat Internet di dalam kelas tersebut. Seterusnya, para pelajar diberi tunjuk ajar oleh petugas tentang langkah-langkah untuk memindahkan maklumat seperti artikel dan gambar daripada internet kepada Microsoft Word. Para pelajar diberi tugasan berdasarkan tajuk yang diberikan untuk membuat pembentangan secara berkumpulan.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  14 September 2018 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar-pelajar UPSR (12 Orang)


Tujuan :

Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi tumpuan dan latihan kepada calon-calon UPSR pada tahun ini sebagai ujian serta ulangkaji mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, memberi pendedahan kepada para pelajar UPSR untuk membiasakan para pelajar dengan soalan-soalan  yang berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet membuat ulangkaji bersama-sama pelajar-pelajar UPSR melalui pembelajaran atas talian iaitu Tutor TV yang secara atas talian. Pelajar diberikan beberapa soalan mengikut tahap kesukaran soalan yang diberi.

Lampiran Gambar Aktiviti