PENGUSAHA PUSAT JAGAAN TADIKA APC PAJAM

Nama : Siti Azizah Binti Ujang

Umur : 52 tahun

Ahli   :  26 Disember 2018


Latar Belakang :

Puan Azizah merupakan pengusaha pusat jagaan tadika APC Pajam dan di Pajam, Negeri Sembilan. Beliau mengusahakan pusat tadika ini selama 3 tahun namun pengalaman beliau telah hampir 10 tahun mengendalikan taska kerajaan sebelum ini membuatkan beliau membuka tadika sendiri. Rata-rata pelajar beliau merupakan penduduk di sekitar Pajam, Mantin dan Nilai. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi jumlah pelajarnya ke tadika beliau dan mempelbagaikan lagi set pembelajaran bagi kanak-kanak di tadika beliau. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Azizah membuat promosi tadikanya secara kreatif dengan membuat pendekatan menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook serta kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Pendapatan beliau dikatakan pada tahap tidak memuaskan dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai tadika APC Pajam ini. Kadar keuntungan kasar beliau sebulan adalah RM 2000.00 sahaja. Tahap penggunaan ICT beliau tahap asas sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan kedai beliau kepada penduduk luar. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan tadika APC Pajam  di dalam laman web terutamanya di Facebook dan Instagram bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai serta Pajam. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai tadika terbabit serta aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan untuk pelajar beliau.Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan tadika beliau serta murid yang hadir semakin hari semakin bertambah. Pendapatan dalam bulanan juga meningkat kepada RM3000.00 disebabkan oleh hasil transformasi yang dilakukan dalam pengurusan tadika terbabit membuatkan ibu bapa murid berpuas hati dengan aktiviti dan kelas latihan, pesekitaran dan khidmat mesra pelanggan yang diberikan. 

Lampiran Gambar