PENJUAL PRODUK KESIHATAN RAMBUT

Nama : Suhaila Binti Mohd Suhaimi

Umur : 40 tahun

Ahli   : 19 Januari 2019


Latar Belakang :

Puan Suhaila merupakan seorang usahawan dan juga pengedar kepada produk kesihatan penjagaan rambut iaitu Faithfleur. Operasi perniagaan beliau di Taman Nada Alam, Nilai sehingga kini beliau ingin melebarkan penjualan produknya di sekitar Nilai dan Pajam sahaja. Beliau telah mengusahakan pernigaan ini selama 1 tahun dan rata-rata pelanggannya tertumpu di kawasan penempatannya. Oleh itu, beliau telah mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan serta pendapatannya dengan mengikuti kelas latihan keusahawan yang dikendalikan oleh petugas Pusat Internet Taman Bukit Inai, Negeri Sembilan. Beliau berminat menyertai kelas latihan ini kerana menambah ilmu perniagaan dalam memasarkan produk perniagaan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Suhaila memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di laman sosial seperti Facebook dan mempromosikan produk kepada rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk membeli produk ini secara harga pukal. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap sederhana mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Hasil pendapatan beliau sebulan hanyalah sabanyak RM200.00 sahaja. Oleh itu, beliau telah mengikut kelas latihan keusahawanan yang dikendalikan oleh petugas PI di Pusat Internet Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Selepas mengikuti kelas latihan keusahawanan selama 8 jam  dan teknik-teknik pasaran online ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk penjagaan rambut yang ingin dijual di dalam laman sosial terutamanya di Facebook, Instagram dan beliau mempunyai blog khas mengenai perniagaan produk beliau. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kelebihan produk penjagaan rambut yang beliau jual melalui iklan yang dimuat naik di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya menjual produk penjagaan rambut beliau di luar kawasan Mantin seperti Pajam dan Bandar Baru Nilai serta jumlah pendapatan beliau meningkat kepada RM500.00 sebulan. Tambahan lagi, ilmu yang dipelajari membolehkan hasil penjualan mula bertambah dengan hasil pengiklanan dan pertambahan permintaan dari pelanggan beliau. 

Lampiran Gambar