SIM KAD TONE EXCEL DAN TONE WOW

Nama : Mohd Zul Amri Bin Zainal

Umur : 34 tahun

Ahli   :  01 Februari 2017


Latar Belakang :

En. Amri seorang usahawan yang menjual kad prepaid prabayar Tone Excel di sekitar Nilai. Beliau telah hampir 3 tahun menceburi bidang jualan langsung prepaid prabayar ini kepada penduduk setempat. Beliau sekarang ini bekerja sebagai supervisor di sebuah kilang swasta dan mempunyai seorang isteri dan 2 orang anaknya. Setiap hari, beliau berusaha lebih gigih bagi menjana pendapatan lebih demi keluarga beliau. Walaupun perniagaannya di buat secara sambilan namun membuat beliau rasa ingin tahu mengenai perniagaan dan keusahawanan menyebabkan beliau tekad berusaha demi keluarga. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi pendapatan supaya dapat menarik lagi pelanggan beliau dengan mengunjungi pusat internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En. Amri membuat promosi perniagaannya secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui rakan sekerja dan promosi di pasar malam Taman Semarak pada setiap hari Selasa. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan dan beliau masih mempunyai masa yang terbatas antara kerja hakiki dengan keluarga lagi. Purata hasil pendapatan sebulan beliau hanyalah sebanyak RM200.00 sahaja. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap sederhana mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut bengkel keusahawanan yang dikendalikan oleh pengurus dan penolong pengurus di pusat internet Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En. Amri sangat berpuas hati dengan kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus pusat internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk perniagaannya di dalam laman web terutamanya di Facebook, Instagram dan blogger sendiri bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai mahupun dari luar. Antara kelas yang diikuti oleh beliau seperti kelas pembinaan emel, pembinaan blog perniagaan dan bengkel keushawanan pusat internet Taman Bukit Inai. Kelas-kelas yang disertai sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pemasaran perniagaannya. Dengan wujudnya pengiklanan yang berkesan pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai produk perniagaannya dan tawaran istimewa menarik yang disediakan untuk pelanggan beliau. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan beliau kepada RM400.00 sebulan serta jumlah pelanggan yang mendapatkan kad prepaid prabayar semakin bertambah dari masa ke semasa. 

Lampiran Gambar