E-Pembelajaran dan Advokasi Klik Dengan Bijak

Nama : Muhammad Thaqif Bin Mohd Wahyudi

Umur : 13 tahun

Ahli   : 26 November 2018


Latar Belakang :

Saya Muhammad Thaqif Bin Mohd Wahyudi merupakan pelajar tingkatan 1 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak. Saya juga mempunyai seorang abang yang kini sedang belajar di Kolej Unikop, Cyberjaya dalam jurusan perundangan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya tidak mahir dan tidak mempunyai asas dalam penggunaan komputer terutamanya dalam penggunaan Microsoft Office (Word dan Powerpoint). Saya juga tidak mahir dalam penggunaan internet seperti mencari maklumat untuk dijadikan sebagai sumber rujukan. Selain itu, dari segi pembelajaran adalah amat lemah sekali dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya rasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana telah membangunkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang memudahkan komuniti setempat untuk menggunakan segala perkhidmatan internet, percetakan dan fotokopi. Di samping itu, PEDi juga turut menyediakan kelas ICT dan kelas tuisyen secara atas talian yang diajar oleh guru-guru yang terlatih. Petugas PEDi banyak membantu saya, terutamanya di dalam pembelajaran dengan melibatkan diri di dalam program E-Tuisyen anjuran PEDi Taman Bukit Inai. 

Lampiran Gambar