Penjual Kek dan Biskut

Nama : Zazalinda Binti Zainal Abidin

Umur : 41 tahun

Ahli   : 10 Januari 2021


Latar Belakang :

Puan Linda merupakan usahawan yang mengusahakan perniagaan kekdan biskut secara kecil-kecilan sahaja. Puan Linda merupakan seorang yang mahir dalam pembuatan kek dan roti telah memulakan perniagaan kek sejak 3 tahun lalu dimana mengambil tempahan dari penduduk tempatan sahaja. Puan Linda ini juga telah mengusahakan penjualannya di sekitar Nilai, Pajam, dan Mantin. Disebabkan hasil penjualan yang tidak memberangsangkan beliau cuba menjual produk makanannya dikawasan pasaraya namun tidak berjaya. Oleh hal demikian, beliau mengetahui cara berkesan dengan mengembangkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial. Beliau mencari alternatif dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Inai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Linda membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan laman Facebook.com. Kebanyakkan pelanggannya sekitar Nilai, Pajam, dan Mantin sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM500.00 sebulan dan bergantung kepada keuntungan yang diperolehi hasil daripada tempahan kek dan biskut yang berjaya beliau jual kepada pelanggan. Tahap penggunaan ICT beliau tahap sederhana dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PIK bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perniagaan kek dan biskut yang ingin dijual di dalam laman web terutamanya di laman Facebook dengan lebih kreatif. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai pelbagai bentuk dan kreativiti Puan Linda dalam pembuatan kekdan biskut yang dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh beliau di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya meluaskan hasil jualan beliau di luar kawasan Negeri Sembilan seperti negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Hasil pendapatan beliau juga turut meningkat kepada RM1500.00 sebulan. Dalam jangka panjang, beliau bercita-cita membuka sebuah kedai kek beliau sendiri bagi memudahkan pelanggan beliau mencari serta mencuba keunikkan hasil pembuatan kek dan biskut Puan Linda. 

Lampiran Gambar